Assalamualaikum ..
Hai korang . Lama pula terasa tak menaip blog dari mata turun ke hati , jatuh ke jiwa berdesup terus menusuk kalbu kan . Entri kali ni santai-santai je . Entri percuma untuk orang yang tengah free sahaja . Yang sibuk bekerja , sibuk jaga tepi kain orang , sibuk dengan diri sendiri , sibuk je lah .. tak payah baca .
Lyssa "nak bersara dari jadi blogger" . Itulah ungkapan yang pernah dan selalu Lyssa bagitau dekat kawan-kawan termasuklah rakan blogger , rakan terdekat dan rakan di rumah which is my parents . Niat dan penyataan ini sering sahaja terungkap sejak tahun 2013 lagi, yang mana masa tu Lyssa baru nak masuk Universiti Kuala Lumpur untuk sambung belajar Diploma dalam jurusan IT.
Memang niat tu ada dari dulu lagi , tapi ntah kenapa .. 'aku masih jadi blogger' sehingga kini. Lyssa yakin , ramai juga rakan blogger yang pernah berhajat untuk berhenti jadi blogger tapi , masih tetap setia dan teguh dengan blog masing-masing. Adakah itu dinamakan jodoh ? wahaha . Sedangkan sifu Lyssa Ben Ashaari tu pun pernah kata nak 'resign' dari jadi blogger . Tapi , sekarang ? Masih blogger ! Kenapa mengapa dan sebab apa? *masih menjadi tanda tanya*
Kadang Lyssa terfikir , "kalau aku bersara daripada jadi blogger, tutup blog , remove semua entri dan delete blog, agak2 aku akan rindu tak dengan blog aku, entri2 yang selama ni banyak mengajar orang dalam dunia blog, kenangan dan pengalaman yang aku kongsikan pada semua orang. Rindu kah aku ?" . Mungkin sampai sekarang Lyssa masih bergelar blogger sebab Lyssa tak puas lagi nak kongsikan pengetahuan Lyssa pada semua orang kot. Lyssa takut . Takut suatu hari kalau Lyssa bertindak sedemikian, Lyssa akan kesepian , kesunyian tanpa blog . Bagi Lyssa, walaupun blog ni hanya berupdate seminggu 3 kali, tapi Lyssa tetap rasa blog ini adalah sebahagian daripada hidup Lyssa.
Tanpa blog, siapalah aku ..
Tanpa blog , adakah aku mempunyai kawan maya seramai ini ..
Tanpa blog , adakah aku mempunyai peluang untuk berjumpa dan kenal dengan ramai orang ..
Tanpa blog , adakah aku boleh kumpul dan simpan duit sendiri tanpa pertolangan orang tuaku ..
Tanpa blog , adakah aku boleh merasa tahap sehingga aku berada di tahap ini..
Yang paling penting , tanpa blog , tiada lah pengikut aku yang selama ini masih setia membaca semua entri di blog Lyssa . dan tanpa mereka juga siapalah diri ini . Terima Kasih semua..
Dan sampai sekaranglah , walaupun mulut hanya berkata mahu bersara dari jadi blogger, tetapi hati masih katakan , aku tetap akan jadi blogger sampai bila-bila ! Ya, sampai bila-bila ..... ~~~
..................................................................................................
Ceh , dramatik sangat entri kali ni . Puihh ! >.<
Larikkk duluuuuuuu .
TerimaKasihSudiBaca ..
23 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinihiksss. jangan berenti jadi blogger kak Lyssa.. khidmat kak Lyssa amat-amat-amat diperlukan oleh blogger yang lain, termasuk saya! :D
kak lysaa jgn resign jadi bloggger. nanti sunyi kami semua. rindu nak tgk muka kak lyssa yg comel ala ala ala artis alyaa dlm mr perfect. hohoho!
kita selalu ckp je nak stop tapi tk stop.. hehe sebab orang masih perlukan kita. teruskan beri inspirasi kepada orang lain ^^
Semoga "jodoh" lyssa dgn "blog" ni berkekalan sampai bila2..Aamiin!
Jangan berhenti sis,,, dgn blog Lyssa ni pun dah byak pahala sis dapat akongsi toturial... rugi la sis klu pahala itu disekat klu tutup blog....
keepItUp lyssa :)
Huishh. X mo lahhhh berhenti berblog lg
Jangan la berhenti...nti akak rindu nk baca blog si comel ni ...actually blog Lyssa la yg byk jd 'guru' masa akak baru2 nak start blogging dulu sbb byk tutorial dlm ni...thx sgt2 for sharing...:)
betul kak. kita dulu pon banyak kali rasa nak quit. tapi rasa tak boleh nak quit. sebab aku masih seorang blogger ! hihi
jgn la bersara..wuaaa sedihh
banyak lagi yang boleh lyssa kongsi ilmu dengan kawan kawan..ilmu yang lyssa ada manfaatkan sebaiknya..bukan untuk lyssa seorang malah untuk ukhuwah semua..teruskan selagi boleh..selagi berdaya..ada yang kita perlukan untuk menyambung hidup di dunia..ada juga sesuatu perkara yang kita lakukan untuk di sandarkan di sana kelak..sentiasa support lyssa..
samalah lyssa bila study slow sikit bernlog ni niat mmg ada sokmo tapi tk buat pon
Teruskan dik. U'r a good writer! Sebab tu lyssa ada mereka yg setia.. ;)
blog lyssa la yang saya selalu kunjungi masa jd newbie dulu...tutorial semua saye tgk lyssa punya tips...bnyk sgt ilmu dpt....keep on blogging lyssa..
Kadang kadang kita perlu media untuk timpahkan segala rasa yang terbuku di hati. Blog adalah medium yang paling sesuai untuk itu. Kipidap kak lisa. Jangan berhenti menulis selagi hayat dikandung badan.
jangan kak lyssa. Sy yg tinggalkan blog buat sementara kerana busy dengan kuliah pun rindu dengan blog saya yg tak berapa.. apalagi nk bersara. biarlah kenangan terpahat disini
@Melissa MuklisMantab deh pokoknya mbak Lysa
rasa nak marah ke..atau nak ketawa ni... hehehe
mula2 baca macam mau nangis jak...
tapi last2 nak ketawa...
adik manis oooiii nak lari gi mana tu??
meh datang Sabah kita lari turun naik gunung kinabalu
hahahah
alo janganlah bersara dari jadi blogger. kak lyssa punya tuto sampai ke harini saya duk usha tau! hihi
Jgn :((((((((((((((((((((((((((((((((((((
samala dari dulu kata nak benti. alih2 lusa keluar entry baru. ni dikata hangat2 taik cicak :D
jgn berani nak berenti ek ... babap kang dik !!
nasib lah cuma kata-kata je.. terkejut taw.. jangan lah bersara.. kalau takde blog kak lyssa, tde lah blog kte sampai sekarang..sebab kak lyssa adalah salah satu sifu kte jugak..
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon