Assalamualaikum ..
Hi korang ..
Apa yang malu ? Apa yang takut ?
Kalau nak tahu , boleh lah teruskan membaca sampai habis. Sebenarnya kan , Lyssa tak tahu lah adakah ini perasaan Lyssa sorang sahaja ke , atapun orang lain pun mengalami perkara yang sama, khususnya untuk para blogger.
Lyssa akan timbul perasaan malu dan takut bila Lyssa nak post sesuatu entri atau artikel di blog ini. Nak kata bangga, jauh sekali perasaan sebegitu. Pernah tak korang as blogger, rasa perasaan macam tu . Dah taip panjang lebar , lepas tu macam rasa takut-takut je nak publish ? Ada tak ?
*gambar tak de kena mengena. hiasan semata-mata* winkwink :*
Sebenarnya perasaan ni timbul bila artikel 'kosong' untuk diluahkan kepada pembaca . Entri 'kosong' bermaksud entri yang tidak mempunyai apa-apa . "nothing" . Senang cakap , entri bersahaja dan hanya nak berkongsi dengan para pembaca even tak point pun . Rasa malu pun ado . Takut ? Erm . Takut bila kalau tak ada langsung pembaca yang sudi baca apa yang kita nak sampaikan. Takut tiada respon . Takut tak diterima dek pembaca . Takut dapat respon yang negatif . Contoh , "eleh , benda ni pun nak bagitau satu dunia ke ?" " Apa benda la yang budak ni mengarut ?"
Semua repon yang negatif tu membuatkan Lyssa rasa takut nak post di blog . Biasalah , manusia kan .. Ada sahaja benda yang tak puas hati dengan kita . Nak jatuhkan kita . Yang ianya , "dengki".
Tapi , untuk atasi perasaan malu dan takut tu , Lyssa paksa juga diri Lyssa untuk post dan tekan publish lepas sahaja taip entri .
Tapi , kalau korang nak tahukan , kadang ada je entri Lyssa yang tak publish . Dah taip panjang berjeler , tapi tiba-tiba rasa berpeluh terkemut-kemut untuk tekan publish tu. Takut ramai yang menentang . Takut ada pihak yang terasa . Last-last , Lyssa biarkan je ter-draft dalam blog ni. haha . Sampai sekarang tak post post pun. Banyak jugak lah entri yang Lyssa biarkan draft macam tu ...
Dulu pernah Lyssa membebel , "pedulikkan lah ada orang nak baca ke tak , asalkan kita kongsikan je apa yang kita nak kongsi.. Awal-awal memang tak de pembaca . Lama-lama nanti , ramai lah yang akan singgah entri2 lama kita. dun worry be happy" .
Ada Lyssa cakap macam ni kat bahagian Tips Blogging tu . Tapi, ntah kenapa tiba-tiba sahaja memang akan timbul perasaan macam ni. Tapi kadang-kadang bila perasaan malu dan takut tu timbul , mesti Lyssa akan ingat balik ayat yang pernah Lyssa cakap kat pembaca Lyssa. Dan itu akan membuatkan Lyssa bersemangat untuk post sesuatu artikel itu ... Tak nak lah orang cakap , eleh .. bagi tips kat blogger, tapi dia sendiri pun buat jugak . erm . buat sengaja nak buat , kadang-kadang je perasaan tu timbul.
Boleh Lyssa tahu , pernah tak korang rasa perasaan "malu" dan "takut" macam Lyssa ni ?
Apa pula tindakan korang bila tiba-tiba timbul perasaan macam ni ? . erhm , sekarang pun tengah takut . Takut tak de respon daripada pembaca . haha .
Dah lah , tak kisah lah semua tu . Asalkan , apa yang Lyssa nak luahkan dari terluah pun .
TerimaKasihSudiBaca ..
Boleh Lyssa tahu , pernah tak korang rasa perasaan "malu" dan "takut" macam Lyssa ni ?
Apa pula tindakan korang bila tiba-tiba timbul perasaan macam ni ? . erhm , sekarang pun tengah takut . Takut tak de respon daripada pembaca . haha .
Dah lah , tak kisah lah semua tu . Asalkan , apa yang Lyssa nak luahkan dari terluah pun .
TerimaKasihSudiBaca ..
32 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinisinggah sabtu di blog lyssa..
sameeeee. banyak kali rasa bersalah. nak publish ke tak hmmm.
Memang ada jugak feeling macam tu. Kena fikir banyak kali before post. :)
Memang ada perasaan takut dan malu nk publish terutama entri peribadi..
yang penting kita sebagai penulis kena ada self confidence dengan apa yang karya yang kita tulis... dan yang paling utama bagi saya menulis perlu dari hati, iaitu ikhlas dari hati... pembaca suka atau tak itu soal kedua... kritikan yang kita terima, jadikan ia sebagi pemangkin semangat untuk kita memperbaiki mutu gaya penulisan kita... yang paling utama sesuatu entry yang ditaip mestilah tidak menyalahi mana-mana undang-undang, etika penulisan, menyinggung sensitiviti mana-mana pihak, maka ia boleh di publish... :)
Mestilah ada lyssa..kadang terfikir..aku tulis ni mesti dia orang jemu nak baca..macam tak ada topik..paling akak takut bila yang kita maksudkan lain..bila kawan kawan baca info yang sampai lain..ada juga yang balas dan respond ok di blog kita..tapi bila dia balas komen dari sahabat lain di blog dia..kita dibabitkan sekali..sedihnya..haha...
hahaha buang yang keruh ambil yang jernih sajaa
Ecah pernah juga rasa kak lysa. Mmg byk yg terdraft di post tu. Tp smpai skrg tk reti nak atasi
assalamualaikum lyssa...lama x singgah ke sini...kekadang tu mmg ada juga terasa mcm tu...:)
:) mmg pon, tapi mrs pip buat dunno ja la since tujuan mrs pip tulis blog ni utk suka suka ... so kalau suka silalah baca , kalau tak suka it is ok, still tq coz singgah di blog mrs pip ... suka jenjalan di blog lyssa, byk ilmu boleh dicedok ... thanks coz kongsi byk tutorial ...semoga lyssa sentiasa sukses ...
selalu jugak rasa macam nie. :D
Kak Lyssa , cmne nk buat shoutbox ?
samaaaa. selalu sangat. taip panjang2 then delete. paling kritikal, taip panjang-panjang, sempat publish tapi last-last revert as draft. haha
Betul Kak Lyssa, saya pun mngalami bnda mcm ni. Last last biar je blog berhabuk.
pengisian yang terbaik oleh adik lysaa..Semoga blog anda mendapat lebih banyak sambutan pada masa akan datang
terima kasih semoga blog lebih berjaya
Memang ada perasaan macam tu.... takut dan malu.
Tapi published aje sambil kat dala hati cakap ini blog aku suka hati akulah ngeh! ngeh!ngeh!
Pastu ada jugak komen yang tak berkaitan dengan apa yang kita tulis huhuuu... nampak sangat tak baca sekadar komen untuk dijejaki aje
asalam..semoga blog Lysa cemerlang. Saya takut nak mendengki insan hambaNya. Kita tak layak dengki hamba Allah. Terserah blog orang hak mereka...manusia ni macam2..harap lysa tak muntah blog Etuza ya..biasa lah orang kampung masuk online mesti ada yang tak lalu makan...mohn.
terima kasih bagi tuturiol yang amat membantu kami ya...
hai adik lyssa..tq utk sume tutorial yang adik buat...sgt2 membantu...kipidap...
yesss..rse3.. tp ntah.. tutup mte tekan publish.. huhu..
blog nie kre mcm diari kte jgk kn.. bg org yg nk bce, bce lah.. if xnk pown x pe..kte luah ape yg kte rse je kn..hehe
saya pn selalu tkut :(( dah lah x femes. huhu
Sama lysa..akak pun kadang-kadang dah draft entry yang tak de apa point pun cuma sekadar luahan perasaan @ pendapat tapi takut2 nak tekan publish..tak tau la nak kata malu ke, takut tak de respons dari pembaca ke..tapi kadang2 bila dah tak de idea, akak post jugak..hehe
heheh,, sama la kak.. sampai berhabuk blog kita..hahahah
sama la sebab tu akak jarang nak post tentang luahan atau hal peribadi diri huhuu
pernah rase..dh tulis entry sepanjang keretapi campur anaconda, tp tetiba dtg perasaan tu scra tiba2.. trus pikir balik dlm hati,
"ape manfaat entry ni utk pembaca dluar sana?"
"apa yg aku bleh sumbangkan kpd follower blog aku mlalui entry ni?"
then cek balik niat.. klaulah mmg xde mnfaat utk pembaca, sy smpan aje utk tatapan diri sndiri.. :)
sama la kita..nak tulis tp malu & tak tau mcm mana nk start 😢
Sama lah...saya pun kadang terfikir benda yang sama..takut nk kadang malu...
Terfikir Ada yg nak bc ker?terfikir...perlu ke publish ni..? Haha... Kecian saya ..kan...
Sama lah...saya pun kadang terfikir benda yang sama..takut nk kadang malu...
Terfikir Ada yg nak bc ker?terfikir...perlu ke publish ni..? Haha... Kecian saya ..kan...
Assalamualaikum tak salah pun sebenarnya kita nak post apa yg kita lalui hari2 sebab niat kita nak berkongsi bukannya mendabik dada atau membongkak diri. Apapun niat kasi betul dulu. So kak lyssa Kalau ada org cakap tak suka balas je balik dengan #AKU YG POST KAU YG PANAS.
Baisalah tu.. mana ade manusia yang suka tengok kita bahagia lebih2 lagi bangsa melayu..huhu
Salam kak lyssa. Saya suka dengan blog kak lyssa ni. Banyak tutor yang sangat berguna. saya nak share tutor akak boleh? Jangan risau saya akan buat credit pada kak lysa. Akak pun saya dh masukkan dalam bloglist saya.
kak lyssa pinjam title & amik sikit isi blog akak ye ? maseh :))
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon