.Assalamualaikum ♥
Hi korang .. Baru-baru ni 10 ahli #KelabBloggerBenAshaari ada menyerbu sebuah Restoran yang terkenal di Kuala Lumpur tau ! Restoran apa ? Restoran Kampong Pandan Kari Kepala Ikan Yang Terkenal atau lebih dikenali dengan nama Restoran Kari Kepala Ikan YKS . Kenapa terkenal ? Sebab memang terkenal sangat lah restoran ni . Sampai ada juga artis yang selalu lepak kat sini . hehe .
Kalau nak tahu , restoran ni bukanlah menu Kari Kepala Ikan semata-semata . Ada juga menu lain yang dihidangkan . Alaa . Macam kat kedai-kedai mamak tu . Mesti lah korang selalu jugakkan lepak kat kedai mamak . Tapi , pelanggan yang selalu datang sini , mereka akan datang untuk merasa dan menikmati Kari Kepala Ikan yang cukup power kat sini ! Tengok sahaja lah kepala ikan sebelum taruk kuah kari ni . Besar kan ?!
Ni lah Kepala Ikan Saiz L kalau korang nak tahu ... Di restoran ni , kalau korang nak merasa Kari Kepala Ikan , korang boleh pilih mengikut saiz . Macam haritu , kitorang semua dapat merasa makan Kepala Ikan Saiz L . Kira paling besar lah tu ... hihi . Ada saiz Kecil (S) , Sederhana (M) , dan Besar (L) . Harganya , bermula dari RM65 sehinggalah RM90 .
Bagi Lyssa kan , untuk yang Saiz L tu , korang satu family dalam 4 - 5 beranak ke , boleh lah share satu kepala . haha ! Sebab seriusly , memang besar giler dan super sedap ! Kuahnya pun memang tersangat lah pekat .... ! Tengok ni , masa diorang nak bubuh kuah kari tu . Perghh !! Meleleh bhai !
Lepas dah siap bubuh hiasan , dan jadi lah ini .... Taraaaaa ....
Ehmmm . Sedapnya . Aduh , tengah taip entri ni pun terbau - bau lagi kari kepala ikan ni . Warghhh ! Tak boleh jadi . Kena pergi repeat lagi ni . HAHA ! Bila-bila pun Lyssa boleh datang sini lah . Dah lah Restoran ni 24 jam , dekat jugak dengan rumah , so tengah pagi buta teringin makan Kari Kepala Ikan pun tak de masalah :)
Habis licin Kepala Ikan kitorang bedal makan . HAHA ! Opssss**
Lepas dah habis makan Kari Kepala Ikan bersama nasi dan ayam goreng , kami dihidangkan pula dengan Satay dan Char Kuey Teaw ! Fuhh . Dah kenyang makan Kari Kepala Ikan , sambung pulak makan Satay dan Char Kuey Teaw . Memang buncit gila woo makan kat sini . Sebab tu owner kat sini cakap , kalau nak datang sini , pastikan perut korang tu kosong dulu , baru nikmat giler nak makan. HAHA !
Tapi memang betul pun . Rasa heaven giler kot dapat makan kat sini . Macam-Macam ada ooo . Patut lah pelanggan kat kedai ni tak pernah tak ada . Mesti ada juga orang yang datang lepak makan kat sini . Lagipun kemudahan yang disediakan pun banyak . Contohnya , Surau , Tandas dan juga ada disediakan Bilik-bilik VVIP kot ada yang nak buat perjumpaan ke :) Best !
Muka happy je kami nak melantak kari kepala ikan tu ! haha .
Apa yang Lyssa boleh kata , Kari Kepala Ikan YKS ni memang betul-betul sedap ! Sebenarnya Lyssa memang tak berapa nak suka makan kari . Tapi , bila dapat makan kat sini , rasa nak repeat lagi pun ada nanti . Jom !!! hehe ...
Thank you kepada owner , manager dan pekerja kat sini . Memang dilayan dengan baik dan supersporting lah ! :D
TerimaKasihSudiBaca ...
Untuk info lanjut :
Restoran Kampong Pandan Kari Kepala Ikan YKS
Lokasi : No.2 Lorong Yap Kwan Seng , 50470 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Call/whatsapp : +6018 3252554 / +603 21612525
Ig : @karikepalaikan_yks
Fb : Kari Kepala Ikan Yks
16 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sininampak sedappp kari kepala ikan tu! argghhhh :D
Memang sedap gile lyssa...
akak pun nanti nak repeat..
Bawak family.... =D
Izzat pun kalau duduk KL mesti pergi makan situ. Tapi tak makan la kari tu hahah tak suka. Family lain yang makan kita tengok je. hahhaa
Sedapnya kari kepala ikan......ermmm..Allahu..harganya pun berpatutan tu..sebab ada yang akk pernah pegi..yang saiz L..ratus juga..pi.....tam..huhu..
wahh sedap nyerrr...tak ajak kita pun hihi
Sedapnya kari kepala, kak lyssa :-)
Sedap je tgk !!Lyssa jom p ..hahaha
entry nih buat saya telan air liur...wahhhhh!menarik....ada jugak ya saiz kepala ikan..huuhuuuhuuu..kalau mamak punya kari mmg takleh lawan..sebijik rasa rempah dalam kari...... (Y)
BLOGWALKING HERE....saya masih baru dalam dunia blog nih....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
http://comot-pink.blogspot.my/
BLOGWALKING HERE....saya singgah tinggalkan jejak....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
http://comot-pink.blogspot.my/
Memang terbaik lah kari kepala ikan ini.. sedap giler... rasa nak pergi lagi ni..
sesungguhny acik en tak reti makan kepala ikan
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan Entri terbaru di Veterinar | Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan
Kalau ikutkan memang saya tak minat kari. Lagi-lagi ikan. Tapi bila tengok gambar. Muka korang pun macam happy jer. Jadi teringin pulak nak cuba.
http://angellovesoldier.blogspot.my/
mak aiyh nampak sedap giler !
besar gile kepala ikan dia.
nampak sedap tapi tak berapa makan kepala ikan la
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon