Gambar dan Video Dari KAIO STUDIO Memang Terbaik !

.Assalamualaikum


Siapa tak kenal kan ...??  Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah yang lebih dikenali dengan nama KAIO di kalangan rakan-rakannya dan merupakan lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Beliau mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. 

KAIO berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara di seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kalau korang nak tahu kan , Kaio pun pernah berada di kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. Hebat kan ???




Bukan itu saja ! Bukan Lyssa seorang je blogger . Chewaahh ! KAIO pun blogger jugak tau ! Dan mula berblog pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Korang boleh lah usha tengok belog KAIO ni kat sini ---->> http://kaio.my/

Kaio juga mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari.. !!!



Boleh layan VIDEO FAMILY DAY #kelabbloggerbenashaari 2015 dulu .. Best tau !!
Rugi siapa tak layaaaannnnnn ........

Nak tengok entry family day boleh tengok kat --->> SINI

Dengan bakat semulajadi dan rasa minat dalam bidang photography dan videography .. akhirnya , Kaio mula bergiat aktif dalam bidang ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. Pada mulanya,  Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Dan sekarang ni ... !! Tahun 2015 ... !! 

Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayapnya ke serata Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 






Bukan negara Eropah dan Timur Tengah saja tau !!  Anwar Abdullah juga , ada melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara Asia Tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 

Selain tu,  Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’ .... Terbaikkkk lah !!! Bangga sangat dengan pencapaian KAIO !




Bukan industri fesyen dan korporat je, kalau korang nak tahu , Anwar Abdullah juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 

Korang boleh tengok Teaser Discover Thainess 2015 kat bawah ni :


Ada lagi ni ... !!!  Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza.  Eii , lagi lah terasa bangga dengan KAIO ni tau .... Wah !


Korang boleh tengok sini , Lyssa listkan pencapaian KAIO dari dulu sehinggalah sekarang ...

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Tengok ni !!! 

Top 5 MOST GLAM Next Fashion Videographer - Khairul Anwar Abdullah



Dengan pencapaian yang cukup dan sangat memberangsangkan itu, Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio

Dengan adanya pelbagai bakat yang dimiliki, Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) telah tertarik untuk menjemput pengasas KAIO STUDIO bagi mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP ini .

Selain tu , Kaio Studio sekarang ni sedang giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.




Apa pendapat korang bila korang baca entri ni ? Ada terasa bangga tak dengan anak muda berbangsa melayu yang menetap di negara Malaysia ni . Ada rasa tak ? Lyssa ? Ada sangat-sangat .. Bila dapat tahu pencapaiannya yang cukup hebat ini .. dalam hati Lyssa terus jadi macam ... "WOW..!!!" Hebat gila la KAIO ni . Muda-muda lagi dah ada bakat kreatif macam ni . Peluang , pengalaman , pengetahuan ... Macam-macam dia dapat ...
Korang tengok sendiri lah hasil kerja KAIO ni . Semuanya hebak - hebak belaka . Kemas , kreatif dan cantik ! Tak gitu ? Korang tengok pun , korang boleh nilai sendiri kan ? :D

Kalau rasa-rasa nak gunakan perkhidmatan diorang ke atau nak tengok hasil kerja diorang yang lebih gempak and hebat lagi ,  boleh terus ke link-link di bawah untuk maklumat lanjut :



Kalau nak follow Anwar Abdullah dan KAIO secara personal pun boleh ..
Follow yang bawah ni :

Instagram www.instagram.com/kaio_my


Nah , Lyssa belanja gelek siket .






TerimaKasihSudiBaca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

15 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
adaa
AUTHOR
September 18, 2015 at 3:36 PM delete

nice entry..tak tau pulak pencapaian anak melayu yang sorang ni..mau tak bangga :D
salam kenal ye..nanti nak visitlagi

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
September 18, 2015 at 3:42 PM delete

terbaik gambar die..semoga die terus maju

avatar
September 18, 2015 at 4:16 PM delete

Wahhh. best nya kalau dapat jadik mcm KIAO ni :)

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 18, 2015 at 5:16 PM delete

bersyukur sangat..moga jadi contoh pada anak muda yang lain..nak berjaya berusaha bersungguh sungguh..manfaatkan peluang yang ada..chicken dance ke cik lyssa..kihkihkih..

avatar
September 18, 2015 at 6:14 PM delete

Iday pon kagum dengan Kaio, macam-macam dah dia capai atas usaha dia sendiri. All the best Kaio! Boleh jadi role model ni. hhehehe

avatar
mas saari
AUTHOR
September 18, 2015 at 8:26 PM delete

memang gambar² dia cantik dan terbaik

avatar
September 19, 2015 at 7:44 AM delete

wah wah wah! teringin nak pegang dslr dan jd photographer , hehehee

avatar
September 23, 2015 at 3:15 PM delete

skali tgk mcm saiful nang je KAIO ni.. ade iras..

avatar
Azhafizah MN
AUTHOR
September 23, 2015 at 4:48 PM delete

Gambar semua cantik²..berbaloi guna service KAIO STUDIO kan :)

avatar
Unknown
AUTHOR
September 25, 2015 at 10:31 AM delete

kalau dh amik gambo artis mmg tiptop ler servis dia.
sampai ke paris amik gambo.
hebat.

avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
September 26, 2015 at 11:10 PM delete

Good luck Kaio, berbakat besar!

avatar
September 29, 2015 at 9:59 AM delete

memang nampak pic di aawesome

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon