.Assalamualaikum ♥
Eh jap ! Tengok ni dulu ---->> KLIK SINI !
Eh jap ! Tengok ni dulu ---->> KLIK SINI !
Hai , hari ni Lyssa nak bagi tips sikit dekat korang cara-cara untuk mengatasi bibir kering ketika berpuasa . Alaa , biasa la kan .. Time puasa-puasa macam ni mesti korang tak lari daripada bibir jadi kering . Bibir kering akan nampak pecah-pecah , merah dan kasar.
Ok . Hasil pembacaan Lyssa , ada beberapa tips untuk korang atasi masalah bibir kering ni , tambah-tambah di bulan puasa ni . Jom lah baca .
1. Banyakkan minum air putih ketika bersahur
Tak nak bibir pecah and kering masa puasa kan ? So, korang minum lah air putih banyak-banyak masa sahur . Selalunya, masa sahur Lyssa akan minum air teh o panas .. Lepas tu, 5 minit sebelum imsak , Lyssa akan minum air putih / air mineral / air masak sebanyak mana yang Lyssa mampu . Sebab air putih ni mampu mencegah terjadinya dehidrasi dan mampu menjaga bibir agar tetap lembab di waktu siang.
2. Memakai lip balm bervitamin
Ok . This is my feveret . Kalau korang sentiasa berada di luar ataupun bekerja dalam tempat air-cond ke , mesti bibir korang akan jadi kering kan? So , ke mana-mana bawa lip balm di poket korang . Selalu Lyssa buat macam tu lah . Rasa maca bibir kering ke , boh je lip balm kat bibir tu . Eh , bukan perempuan je yang boleh pakai lip balm ni , lelaki pun boleh ok . Selalu nya lip balm bervitamin ni bukan nya ada nampak warna merah pun . Dengan vitamin E di dalamnya , boleh membuatkan bibir korang tu kelihatan lembab .
3. Sapukan 'baby oil'
Baby oil ni sebenarnya banyak fungsinya . Salah satu nya , korang boleh sapukan di mulut untuk jadi lembab. Jangan lah pulak korang telan minyak ni . haha . Kalau korang telan nanti wajah korang bertambah buruk dengan ekspresi muka kelat korang tu . haha . *joke* . Waktu malam sebelum tidur, sapukan sedikit baby oil dimulut anda dengan tujuan untuk melembabkan permukaan bibir . Lakukan benda ni secara teratur setiap hari.
4. Jangan menggigit atau menjilat bibir
Ketika bibir kering ataupun pecah-pecah , jangan lah korang biasakan diri korang tu dengan menggigit atau menjilatnya sebab kalau korang buat macam tu, bibir korang akan menjadi bertambah kering. Air liur tu akan menyebabkan bibir menjadi kering, bukan lagi melembabkan . So, cuba elakkan ok ?
So , itu lah antara tips untuk mengelakkan terjadinya bibir kering .. Tambah-tambah di bulan puasa ni kan ? Lyssa pun akan praktikkan juga supaya bibir akan kelihatan lembab sepanjang hari berpuasa :)
8 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sininice tips. boleh lah follow tips nih ^_^
memang dicari. Thumbs up!
tips pada masa yang tepat..huhu..
MK pun boleh pakai lipbalm eh ? haaahahaha..sarsi ade tak ? :PP
@MKhairul Aminuddin sarsi tak ley puasa2 nih .. aipp babap kang .
bibir kering dh tak cunnn
baru jumpe tips ni.. thx kak lyssa
kalau bibir kering and kita pun "kutis" , memang sakit teramat sgt . hahahahaha . lgi2 kene air kan..
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon