#CABARAN20HARI | Kenangan Terawikh Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

.Assalamualaikum


Uishh . Hari ni tanggal 5/7 merupakan #Cabaran20Hari yang ke sembilan . Pejam celik pejam celik dah 9 cabaran dah Lyssa settle kan setiap hari.

So apa pula cabaran kali ni ? Oh ! 

Kenangan Terawikh Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

Kenangan ye ? Zaman Kanak-Kanak ye ? Zaman kanak-kanak tu dalam lingkungan umur berapa ye ? Ohh haaa ! Umur bawah 12 tahun lah kan .... 

Jap . Nak mengimbau kenangan lama jaapp ...


**************************************************************************





Ok dah . Dah ingat balik . Masa zaman kanak-kanak dulu , Lyssa tak stay kat Penang lagi . Masa tu masih tinggal di rumah Lyssa kat Perak . Ya ! Bemban Raya , Batu Gajah Perak . Huish . Banyak sangat kenangan Lyssa masa di Perak dulu . 

Tapi kali ni Lyssa nak story kenangan terawikh di surau masa zaman kanak-kanak Lyssa ye . Masa tu, tak silap Lyssa darjah 3 kot . Masa budak-budak dulu syokk tak terkata kalau dapat pergi sembahyang terawikh dekat surau . Sederet rumah teres Lyssa tu , kami jalan beramai-ramai pergi ke surau untuk menunaikan ibadah sunat di bulan puasa iaitu , Solat Terawikh . Ramai-ramailah kami berjalan siap bertelekung bagai pergi ke surau . Ada la dalam 5 minit macam baru la sampi kat surau tu . haha . Siap bawah lampu suluh tau korang , sebab nak jalan ke surau gelapp gelita . Lampu jalan pun ada sikit-sikit je . 

Paling ingat, budak-budak disuruh untuk sembahyang di belakang. Bagi orang-orang tua di saf hadapan . Tapi Lyssa peduli apa, redah je dok sebelah mak Lyssa . Biasalah , dulu memang asyik dok berkepit kat ketiak mak je. Anak manja lah katakan . Sampai sekarang ha . Opps! haha.

Dulu-dulu la paling tak suka la kalau imam buat sampai 20 rakaat. Jenuh nak tunggu habis. Biasalaaa , budak-budak, mestila nak cepat balik nak main mercun ! hahaha. Kadang tu , mama Lyssa pernah tanya , kalau tak larat nak buat sampai 20 , lepas rakaat ke-8 , balik lah rumah dgn kawan-kawan. HAHA . Paling happy kalau mama cakap macam tu . Tapi, Lyssa tak selalu la balik awal, kadang kalau tak larat tunggu kat bahagian belakang.. Sebab apa tak balik ?

Sebab lepas terawikh ada "Morey" .. Eh betul ke eja macam tu ? Benda apa 'Morey' tu ? Alaa , dapat makan lepas terawikh . Part tu lah paling syok. Ada macam-macam jenis kuih . Tapi selalu nya diorang hidang bubur la . Bubur kacang , bubur jagung . Lebih kurang macam tu lah . hehe . 

Rasanya , itu lah kenangan terawikh Lyssa masa zaman kanak-kanak dulu . Fuhh! Banyak naw perkataan aku taip . Ok , penat dahh . 

Harap ada lah yang sudi baca entry panjang berjeler ni ..

Terima Kasih Sudi Baca ..... xoxo :)


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
Ubai Ismail
AUTHOR
July 5, 2015 at 1:17 PM delete

ser0n0k bla trngt balk zamn duludulu..huhu anyway lama tk s1nggah s1n1.. hehe

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon