Assalamualaikum ♥
Korang , hari ni Lyssa nak share or nak bagitau kat korang cara untuk meluahkan perasaan . Eh , tapi ni bukan lah cara nak luahkan perasaan dekat orang yang kita suka or what . But , cara yang Lyssa nak share kan ni adalah cara korang luahkan perasaan yang terbuku kat hati korang tu . i mean perasaan korang tak kira lah tengah marah , sedih , happy or whatever kan .
Lyssa yakin , mesti ramai di antara korang yang kadang-kadang tak tahu nak luahkan macam mana lagi kan ? Kalau nak luahkan dekat kawan , mesti macam susah nak percayakan kat kawan . Tapi sebenarnya , itu semua atas diri kita juga macam mana kita nak luahkan .
Pertama sekali , kita kena lah kenal pasti cara yang terbaik untuk kita luahkan perasaan tu . Bila korang dah luahkan , korang mesti akan rasa seronok , lega and macam-macam perasaan time tu kan . Tak kira lah , korang nak melukis ke , mewarna ke , menulis ke , menaip ke ataupun nak menjerit kat tempat tinggi sampai perasaan tu terluah .
Macam-macam cara sebenarnya kita boleh guna . If korang tak tahu , meh sini Lyssa nak share serba sedikit cara nak luahkan perasaan .
TULIS TENTANG APA YANG KORANG RASA
Menulis mungkin salah satu cara yang berguna untuk korang kenalpasti perasaan korang sendiri . Setuju atau tak ? Ada orang luahkan di dalam diari , ada juga yang buat satu blog untuk dia luahkan segala perasaan dia dalam dulu . Tak kira lah , dia nak bagi orang baca atau pun untuk private blog dia . Actually , Lyssa pun ada satu blog private . Blog yang menulis segala isi hati Lyssa dalam tu . HAHA . Jangan korang pi cari sudah blog tu . haha . Tapi percaya lah , rasanya cara ni paling berkesan kot . Lepas kita taip or tulis , kita akan rasa sepuas-puas nya . Tapi , itu terpulang kepada individu masing-masing cara dorg nak luahkan . Ye tak ?
MELUKIS ATAU MEWARNA
Ini jugak salah satu cara yang korang boleh gunakan untuk meluahkan perasaan korang tu . Ada juga sebenarnya orang yang suka luahkan dengan cara ini . Dia merasa lebih tenang bila dia melukis atau mewarna sesuatu benda . Tak semestinya korang yang tak berseni tak boleh cuba cara ini kan ? Mana tahu , hasilnya akan membuatkan korang rasa tenang dan lapang .
BERMAIN MUZIK ATAUPUN MENYANYI
Ada juga kan yang suka menyanyi bila nak luahkan perasaan dia . Tak kiralah , dia nyanyi sorang-sorang dalam bilik dia ke , dalam toilet ke , mahupun di puast-pusat karaoke . Dengan cara itu , dia dapat meluahkan perasaan dia yang terbuku dalam hati dia tu . Lsgi-lagi bila menyanyi sambil bermain muzik . Sambik bermain muzik , sambil bernyanyi , dapat pulak ilham untuk menghasilkan lirik lagu . Ye tak ?
BERSUKAN
Ok . Bersukan dapat meluahkan perasaan korang secara fizikal . Tak kiralah , korang nak berbasikal ke , bermain badminton ke , ataupun berlari . Memang dapat luahkan perasaan dengan mudah . Tambahan pula , bila korang bersukan berpasukan . Ianya membolehkan korang meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli pasukan yang lain secara langsung ataupun tidak langsung .
MENJERIT
Ramai juga yang suka luahkan perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' . Kan ? Tambah yang tengah tension dengan study , kerja atau masalah hubungan dalam percintaan . Selalu , lelaki lah memang banyak yang suka luahkan dengan cara ni . Ye kan ? haha . Pergi naik atas bukit , jerit puas-puas lepas tu duduk senyap-senyap atas tu . Ada juga yang suka menjerit dengan lautan yang luas . Ceh ayat * a'ah , ada je la yang suka jerit . BAgi mereka yang suka dengan cara ini , akan merasa lega dan puas dan sagala perasaannya ketika itu akan lenyap seketika .
BERCERITA PADA IBU BAPA / FAMILY
Kalau cara ni , selalu anak-anak perempuan sukalah kan . Siapa yang betul-betul rapat dengan parents dia , dia akan cerita kan dan luahkan semua perasaan dia kat parents dia . Tak kira lah pasal masalah di sekolah ke , masalah dengan kekasih ke , jika korang rasa cara ini dapat melegakan hati dan perasaan korang , just go on . Lyssa pun apa-apa kalau ada masalah kat tempat Lyssa study ataupun masalah apa-apa pun lah , Lyssa lebih selesa cerita dengan mama Lyssa . Rasa tenang je , compared to cerita kat kawan Lyssa sendiri . Sebab Lyssa ni susah sikit nak percaya dekat orang lain selain family Lyssa sendiri . hihi .
Ok . Dah ada 6 cara yang Lyssa dah kongsikan . Ianya terpulang kepada individu masing-masing bagaimana caranya korang luahkan perasaan korang tu . Tapi sebenarnya , bagi Lyssa cara yang paling terbaik and the best ialah luahkan perasaan kita kepada ALLAH SWT . Dia Maha Mendengar . Segala rintihan hambaNya , didengarNya dan insyaAllah , selepas korang luahkan segalanya kepadaNya , korang akan rasa lebih tenang . InsyaAllah .
So , sekarang , boleh la korang SHARE pulak , cerita lah kat ruangan comment ni , korang luahkan perasaan korang dengan cara apa ? :D * nak tahu jugakk *
11 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniTips yang bagus lah kak lyssa! Thanks for the information! Syg kak lyssa! Singgah blog sy yer :D
www.gwiyomiqis.blogspot.com
jarang nakk share cerita kat org ni lyssa.. haha.. selalu tulis diary and doa je .
time kaseh sudi kongsi :)
time kaseh sudi kongsi :)
ataupun cerita dalam blog. hekeke
Thanks sis..Sudi kongsi tips ni..
wahhh...setujulah ngan tips ni..boleh diguna pakai juga ni..
Tapi,semua cara ni saya tak leh guna coz,saya tk tenang
Hahhhh
orang cakap saya gila, sebab saya selalu kena marah dengan ibu dengan ayah. saya nak tanya kenapa bila kita sekolah di sesuatu sekolah yang majoriti budak semua perangai macam setan, tak perlulah nak cakap kita setan.
@Insyirah Safuan
Moga sentiasa bertabah dik, luahkan lah segalanya pada Allah yang Esa. Dia sentiasa ada utk adik
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon