28/01/2013
.Assalamualaikum ♥
Peacee Yo(!) ^_^v
Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita ? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita ? Jawabnya… JANGAN MARAH!
Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.
Menurut ajaran Islam , kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”
Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.
Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.
Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.
Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!
Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.
Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…
Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

47 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Siniinfo yang bagus! =D
Kadang2 saya marah sampai terkutuk2 kat twitter. Hehehehe, mas atu budak tak matang lagi.. XD
marah tu kan makanan syaitan..:):)
(ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com)
huhuhuhu
That right. Marah boleh cepat buat kita jadi tua ^^
senang kata, sentiasa lah senyum :)
Thanks for info ! ^_^
jangan marah . nanti cepat tua . haha :)

tak mau marah2 jum join segmen :)
http://leeyana-ajibana.blogspot.com/2013/01/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html
hehehe , betol betol betol . info yang sangat menarikkk :D
Assalamu'alaikum...
blognya cantik
entrinya bagos....suka la :)
saya follower yang ke 56136,follow back ya...thanks
sys xsuka marah2 sebab kalau marah, hati makin membuak2 nak marah. Sabar dan tahan sajelah kalau ada orang yang marah kita... :)
assalamualaikum lyssa...betul tu kalau dah marah mcm2 boleh jadi oleh itu banyakkan bersabar yer....:)
marah biar bertempat...kawal amarah dgn keimanan.....
ena setuju lyssa.. ena pun tak lari dari perasaan marah ni.. ena pernah rasai kekecewaan selepas melepaskan amarah pada sesuatu.. now, Alhamdulillah, ena dah boleh kawal diri ena.. btw, terima kasih share
yupp dear..sabar itu separuh dari iman.. cuma kekadang kita meletakkan marah itu tak kena pada tempatnya...
aimi-wardina.blogspot.com
Kak lyssa, join la GA aimi.
Please :'( I beg you!
cuba elak-elakkan rasa marah... :)
hmmm, kadang-kadang emosi amarah ni susah dikawal. kena banyak-banyak berzikir, ingat allah selalu :)
Nice entry cik lyssa :)
Innalahamaasobirin ^_^
yup...saya pun tak kan marah..but akan senyum...some people said 'kita mesti maafkan orang sebelum tido..''
lagipun tak guna nak marah, bukan boleh ubah dorang !
eh! ta marah pom.. :P
Ada Masa Lepak sini semua : Jangan lupa follow, i follow u back
Lepak Jum : Pengantin China yang Bangang
http://apahell.blogspot.com/2013/01/7-gambar-pengantin-china-yang-pelik.html
:) senyum jer
follow sini
untuk mengatasi marah, ambil waktu untuk berdiam sejenak, sebelum mulai berkata2
kita boleh hilang kawalan bila mana kita marah.. anything can happen... macam sekarang.. ayah bunuh anak itu perkara biasa.. hanya kerana marah..
rakan2 jemput melawat blog saya =)
http://nazirayusof.blogspot.com/
kalau marah pun kena sentiasa senyum :)
Sabar tu separuh dari iman.. hehehe
35 ways to create lasting friendship
Sabar tu separuh dari iman.. hehehe
35 ways to create lasting friendship
kak lyssa macam mana nak buat yg atas tu home , toturial tip-tips ?
hohoho.. cam kena marah dari seseorang ja. thanks lyss.. nice tips.. hehe.
btw nak komen.. template 2013 xde ke? ngee~
www.longoi.com
kalau marah cepat2 amik air solat ..
dan solat..
#cara saya..
kalau kita boleh kawal kemarahan.. tahap oarang respect akan bertambah..
percayalah!
Senyum..takperlu kata apa-apa...
Kadang tu, jgn terlalu memikirkan pasal orang lain..mesti gembira.
BANkami
BANkami
MARAH JER,JGN PENDAM2..HIHI
Jangan marah2x :)
singgah sini.. do follow mine blog..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
http://atikahazee.blogspot.com/...=)
saya mmg mudah marah..huhuhuhuh
@RBJ's Daughter
assalamualaikum Lyssa.. very useful info.. kebetulan bnda ni ada kaitan skit ngn personal problem sy.. ALHAMDULILLAH bule dpt sdkit rsa +ve dr info yg lyssa share.. thank you sweety! :)
nasihat yg berguna..:)
arghhh ! saya tengah marah nii ! haha , takdela gurau je
:D (Y)
http://peace-smileystory.blogspot.com/
nice advice
betul jangan marah.. senyummmm je dekat yang buat kita tu.. tunjukkan apa yg dia buat tu takde effect kt kita.. so biar dia sendiri sakit ati.. :) *in this situation*
Comel je budak kat pic tu. lol
Dulu suka marah-marah sebab rasa kerja tu kita sorang je boleh buat dengan sempurna. Tak percaya dengan org lain yg buat kerja tu. Last-last diri sendiri yang stress. Bila belajar untuk let go barulah tak stress, tak marah-marah. Hidup pun ceria sikit
http://myvitaminsadventure.wordpress.com
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon