05/12/2012
.Assalamualaikum ♥
Peacee Yo(!) ^_^v
hai hai korang . Masih ingat tak lagi dengan entri 10 Jenis Lelaki Yang WAJIB Dijauhi Dan TIDAK PATUT Patut Dijadikan Calon Suami ??
Oh ye . Korang dah baca kan entri tu ? Kalau belum , pergi la singgah baca dulu . hihi .
Ok . Bagi entri kali ni pulak , Lyssa nak kongsikan dengan korang Jenis-jenis wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki . Tapi tak banyak la . Ada 6 sahaja . Sekadar berkongsi . Tak bermaksudkan apa-apa pun . Jangan pula ada yang terasa dengan entri ni ye . Ok lah . Jom baca...
1. Wanita Kategori Liar
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk
dijauhi . Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya
menyeronokkan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan . Perasaan selalu
mencuba sesuatu yang bagus , tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud
sempadan . Kita teruja dengan kegilaannya tetapi kita tak sedar,
tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita Si Gula-Gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita . Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang
mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang
penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu , gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
3. Wanita Si Bom Jangka
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi
kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
4. Wanita Si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk
mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata , lebih-lebih lagi
jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya
diri kita.
5. Wanita Si Penggapai
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan
dia menyukai keadaan demikian , ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka ? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal , dan kita
dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita Yang Tercedera
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa . Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk
memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang
perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah
buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari
ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
** Harap korang puas lah baca entri ni ye . Sekadar berkongsi :P
19 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniMacehhh ya gitahu :)
kena berhati hati nie....... tapi alhamdulillah... remy dapat yg baik2 saja....
bahaya nie.... semoga semua mendapat yg baik2 saja.......
uuiihh...wanita wanita yg ptt dijauhkan drpd dibuat menantu..
oo oo .
wanita yang tercedera macam mana tu
salam...begusnye kejelasan pasal sifat perempuan untuk sy bekalkan infi nie pada anak lelaki sy...nanti
OKKKKKKK TERBAIK HHEHE
betul tu akak!! :)
Btw, singgahlah sini..Follow jika sudi!!
http://bloganissyazwani.blogspot.com/
Terima kasih jika sudi datang!! ^_^
oke..pastu kak lyssa wat entry tajuk " 6 Jenis Lelaki Yang Wajib Dijauhi Oleh Wanita" pulak yee... :D
jadi saya kena elakkan lah dari semua kategori ni ye lyssa?hehehe
ohh, baru faham. :D
Nice sharing ^_^ Wilma berdoa supaya Wilma tak kan tergolong dalam 6 jenis wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki nie...
assalamualaikum lyssa....menarik betul info ini..;)
Thanks bagitahu kak lyssa yang cute !
Thanks for the information !
memang patut dijauhi (y)
klau macam tu..xde sapa la nak kat diorang kan?...
Okay thanks bagitahu :)
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon