Maut Dirempuh Lori Ais

10/09/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Ada terbaca tak status yang Lyssa buat semalam di facebook ?

 


Ye . Al-Fatihah buat Syaza Azemi , sekampung /sedaerah dengan Lyssa . Pernah jumpa dengan arwah . Tapi , kami tak de lah rapat sangat . Tapi , bila terdengar akan kematiannya , Lyssa rasa sedih pulak . Serius . Bila baca dan tengok gambar mangsa , memang nampak macam kemalangan yang mengerikan . Apa-apa pun takziah buat keluarga arwah Syaza .

Ada kisahnya di paper Metro hari ni . Baca la :

BAYAN LEPAS: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di Bayan Lepas maut akibat tersepit selepas dirempuh sebuah lori ais di Jalan Bayan Lepas/Bukit Belah, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa, Nur Syazana Azemi, 17, dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Desa Mutiara, Balik Pulau.

Jurucakap polis berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal mangsa, sebuah motosikal lain dan lori ais.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun cuba memotong sebuah kereta lain sebelum hilang kawalan dan melintang di tengah jalan.

Katanya, dua motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh pintu kiri kereta itu sebelum sebuah lori ais dari arah sama merempuh kedua-dua penunggang motosikal menyebabkan seorang terpelanting ke tepi jalan manakala Nur Syazana tersepit antara kereta dan lori.

“Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan terperosok di bawah lori dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala penunggang sebuah lagi motosikal parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HBP) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk dan mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada semua yang terbabit kecuali penunggang motosikal yang parah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.
 
 
*Dalam paper , ada gambar mangsa . Rasa sedih sangat . Takziah buat keluarganya .

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..." (Surah Al-Anbiya': 35)

Ambillah pengajaran daripada semua ini . Berhati-hati semasa memandu dan menunggang motosikal . (Al-Fatihah buat arwah Syaza)

 
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

33 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Admin
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:17 PM delete

ada terbaca..al fatihah

avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:19 PM delete

baru hbs baca dkt surahkabar metro kesah nie..apa2 pon al-fatihah..semoga ditempatkan orang2 yg beriman

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:20 PM delete

al fatihah buat arwah . Aminn :')

avatar
sitikadhijah
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:20 PM delete

al- fatihah wat arwah... semoge rohyer dicucri rahmat n di tptkn di kalangan org yg beriman.. amin.. :(

avatar
nursuriani
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:25 PM delete

sedehnyaaaaaaaaaaa baca...

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:33 PM delete

al fatihah ..

avatar
September 10, 2012 at 2:43 PM delete

berita semalam tu kan..ngeri nengoknya..semoga arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman...al-fatihah

avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:57 PM delete

semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman...

avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2012 at 3:15 PM delete

Al-Fatihah buat arwah syaza... ! :( sedih nyer..hilang seorang umat islam di dunia....

avatar
September 10, 2012 at 3:17 PM delete

TAKZIAH TUK KUARGE ARWAH .. KITE MENDENGAR . MEMBACE PUN DA RASE SEDIH .. KUARGA ARWAH .. LEBIH LAGI ..

AL-FATIHAH

MOGE ROH ARWAH D TEMPATKAN D KALANGAN ORG2 YG BERIMAN .. AMIN

avatar
mrs eyza
AUTHOR
September 10, 2012 at 3:24 PM delete

al fatihah buat arwah..

semoga keluarga dia tabah menghadapi ujian ini.

avatar
boni kacak
AUTHOR
September 10, 2012 at 3:37 PM delete

Al-Fatihah... semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman di sisiNya.. dan semoga rohnya dicucuri rahmat...amin...

avatar
Muaz Faris
AUTHOR
September 10, 2012 at 3:59 PM delete

takziah kpd keluarga mangsa, setiap yg hidup pasti merasa mati..

sedih ~

avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2012 at 4:14 PM delete

salam takziah utk keluarga mangsa... moga tabah hadapi dugaan....
alfatihah utk syaza..... amin

avatar
beat
AUTHOR
September 10, 2012 at 4:18 PM delete

ooo cita ni saya trbc ni

avatar
nuargto
AUTHOR
September 10, 2012 at 4:54 PM delete

Al-Fatihah untuk Arwah.. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang beriman.. Amin..

RM140 tajaan Pertama Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 (Klik Di Sini)

avatar
Ain
AUTHOR
September 10, 2012 at 6:36 PM delete

Al fatihah. Takziah ye. Tp, ain tgk gamba die dkt fb..die ni lawa jugak. Kesiannye..ye la..setiap yg hidup..pasti akan mati :)

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2012 at 6:40 PM delete

Al-fatihah buat arwah.

avatar
Yuliana Wahit
AUTHOR
September 10, 2012 at 8:07 PM delete

ada terbaca td.. tak tau pulak kawan lyssa.. pape pun takziah buat keluarga..

avatar
leyla
AUTHOR
September 10, 2012 at 8:44 PM delete

al fatihah ... takot plak nak nak dekat dengan jalan bile dengar nde gini ... takziah kpd keluarga arwah ...

avatar
Atirah ★
AUTHOR
September 10, 2012 at 9:25 PM delete

takziah buat keluarga bliau . :/

avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2012 at 9:31 PM delete

al fatihah.. ouhh yg excident semalam kan ? sue dapat tahu kat fesbuk.. :'( teringat kawan sue yg meninggal dua hari last ramadhan dalam perjalanan balik dari PD ke kedah, excident ngan treller.. :'(

avatar
A For Aisyah
AUTHOR
September 10, 2012 at 10:49 PM delete

aisyah pun ada baca at status kwn arwah..al fatihah buat arwah...

avatar
September 10, 2012 at 11:41 PM delete

Al Fatihah to the arwah... hurmm... sedihnya, tapi tak mengapalah.. Allah lebih menyayangi dirinya... semoga rohnya dicucuri rahmat

avatar
Amirah.
AUTHOR
September 11, 2012 at 12:08 AM delete

alfatihah ..sedihnya ..

avatar
Korn Ahmad
AUTHOR
September 11, 2012 at 9:44 AM delete

takziah buat keluarga mangsa.

avatar
As Shaari
AUTHOR
September 11, 2012 at 11:57 AM delete

sedihnya....takziah buat keluarga arwah.

feel free c my blog n follow me ok

http://asshaari.blogspot.com

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon