13/08/2012
.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v
James Bond mampu melakukan pelbagai perkara aneh, termasuk memotong konkrit dengan topi kelulinya.
Dia bagaimanapun pasti tertarik dengan Ye Tongxin yang mampu memotong buah dan sayur dengan daun terup plastik .Tongxin, 48, warga China, berusaha mencatatkan rekod baru Guinness selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya . Ia mungkin kelihatan mudah tetapi dia menjalani latihan sejak 10 tahun lalu untuk melakukannya.
Pengurus bas sekolah di Nanjing di wilayah Jiangsu , timur China itu, berlatih dua jam setiap malam, membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.
Timun atau labu mungkin kelihatan mudah untuk dipotong kerana kulitnya yang rapuh.
Tetapi tidak seperti ninja lain yang mahir dalam membaling kad , Tongxin berupaya memotong epal dan tembikai dengan begitu mudah.
Dia menggunakan bingkai setinggi dua meter untuk menggantung beg berbentuk timun untuk berlatih membaling dan meningkatkan kemahirannya.
Menurut Tongxin, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna, kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.
Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat.
Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia. - DM
LF - Puiyooo . Hebat betul boleh potong buah tembikai , epal , timun , labu dengan hanya menggunakan daun terup . Tembikai , kulit dia keras ok . Tak sangka , ada jugak orang yang boleh ciptakan rekod sebegini :) *clap**clap**clap* HEHE .
31 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinipun boleh :)
kad tu potong leher pun boleh tau..tajammmmm
potong leher orangg ? ERGHH !! menakotkan !!! >_<
huhuhu :p
Hebat gile orang ni :)
kat rumah dia mesti xda pisau kn .. heheh
Wow :D Jannah nak try jugak :p
kitew pun ada gak post cerita ni, tapi siap ngan videonya sekali.
cer korang tengok sini:- Potong tembikai dengan daun terup (video)
wah..xyah gune pisau lg da pasnih
Alahh , aku dah selalu main fruit ninja , banyak dah buah aku potong . haha :P
tereenyer die!!! hebat! mengagumkan!! d^^b
ninagadisslumber.blogspot.com
Wow, "terrer"nya :D
hebat2.. ^^^
360 km/jam? laju giler.
Hebatnya. 10 tahun! Tiap2 malam berlatih plak tuh! Perghh.
wahhhh...hebat2
bahaya kad ni... tp knapa tak guna pisau je kan senang.. agagaga
terer tu, even law sya potong sayur pakai pisau pn amik msa 5 minit lebih
Pehh . Guna pisau kan senang xpayah berlatih spuluh thun , spuluh saat jea . Hakhak .
wahhh hebat..uncha nak cuba la ;p
jom try buat .
Alamak!Tak lakulah pisau lepas ni.
kalau dah hari2 berlatih... mahu tak speed !!!!! takpe , cita2 dia tinggi...... dah berjaya nanti seantero dunia kenal !!!!
memang hebat... memang tak ada yg mustahil atas kehendakNYA...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/segmen-dimana-aku-beraya-tahun-ini.html
bahaya jugak dia ni. boleh bunuh orang pakai kad je
nnt terpotong jari i.. HAHA
try lah potong tembikai kai kad..
ade berann cik lyssa?
amazing ! hahaha
hebat2...
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,
hebat la org cmni.takut eyhhh
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon