♥ Bila Kata-Kata " I LOVE YOU " Sesuai Diluahkan ??

13/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v





 Sering tiga perkataan penuh mendalam ini diluahkan kala bibit cinta memenuhi suasana namun kadang kala kata-kata cinta itu sudah jemu didengari akibat terlalu kerap diluahkan! Jadi, bila masa yang sesuai untuk membisikkan kata ‘I Love You’ agar ia bukan sekadar perkataan biasa?

Jom teliti dan hayati setiap point yang diberi ! :P
 

Si dia menjagamu ketika sakit

Melihat keadaanmu yang tidak bermaya, si dia kerap bertanyakan khabarmu dan memasakkan hidangan yang mampu memberikan kelegaan. Atau si dia sanggup berjaga di sisi untuk memastikan anda ‘okay’, ini adalah saat terbaik untuk meluahkan, “Sayang, terima kasih. I love you,”.

♥ Meminta pendapat dan nasihat darimu

Membuat keputusan seperti memilih kereta untuk dimiliki, mengenalpasti lokasi untuk membeli rumah atau perihal kerjaya untuk diterajui adalah antara keputusan paling penting dalam hidup. Jika si dia bertanyakan hal ini kepada anda, ini menandakan anda sangat dicintai.

♥ Si dia menghargaimu

Kehadiranmu dalam hidupnya membuatkan si dia berasa bangga dan tidak malu untuk menceritakan tentang kebaikan dan kejayaanmu kepada anggota keluarga dan rakan-rakannya tanpa rasa ragu-ragu. Keadaan ini membuktikan si dia amat menghargai hubungan bersamamu.

♥ Anda dilayan dengan begitu istimewa

Pergaduhan baru sahaja melanda dan anda mula merajuk. Selang beberapa ketika, si dia muncul di hadapan pintu dengan membawa makanan kegemaranmu. Atau si kekasih membelikanmu sekuntum bunga kala ‘date’ mahupun sempena ulangtahun hubungan anda bersamanya, ini masanya untuk anda luahkan perkataan magis itu.

♥ Si dia sentiasa gembira kala anda bersamanya

Kegembiraan yang sering terpancar pada wajahnya termasuk ekspresinya yang tersenyum, tertawa dan ‘mood’ yang baik jelas menunjukkan si dia selesa dan menghargai kehadiranmu dalam hidupnya. Petanda lebih baik, jika si dia lebih gemar berdamping denganmu berbanding rakan-rakannya.



Tidakkah ini masa paling hebat untuk anda luahkan, “I love you,”? Kannn ? ^_^v

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

19 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
June 15, 2012 at 8:56 PM delete

wah cik lyssa boleh jadi dr.cinta.

avatar
cik abbit
AUTHOR
June 15, 2012 at 8:59 PM delete

Hye lisa jom singgah blog cikABbit

avatar
NHamizahKefli
AUTHOR
June 15, 2012 at 9:01 PM delete

kak lyssa...kalau bkn drpd pakwe yg kata 'I LOVE YOU' maknenye ape??? k jawab2 huhu

avatar
tuaranboyz
AUTHOR
June 15, 2012 at 9:44 PM delete

btol ! :D

avatar
Nisha
AUTHOR
June 15, 2012 at 10:03 PM delete

thanks kak lyssa sbb kasi info nie. ^^

avatar
Kekzamanis
AUTHOR
June 15, 2012 at 10:55 PM delete

Selalu luahkan lepas mencium tangan suami bila suami nak keluar bekerja & sebelum tdo.. ^_^

avatar
faqihahhusni
AUTHOR
June 15, 2012 at 11:08 PM delete

I love you kak Lyssa. Time post entry boleh? haha

avatar
MalizaMah
AUTHOR
June 15, 2012 at 11:40 PM delete

hmmmm...... i love u boleh diluah bila2 sahaja.. saat dan detik si dia tgh marah.. nk amek hati ckp i love u (tp dgn syarat mmg sayang kat dia jujurnya).. bukan nak amek hati ..... hmmmmmmmmmm

avatar
Atiqah Wadiah
AUTHOR
June 16, 2012 at 1:00 AM delete

i lebiu lyssa..ehhh..hehe :)

avatar
Rock
AUTHOR
June 16, 2012 at 4:37 AM delete

itulah yg ku ungkap di telefon/sms sebelum kekasihku tidur..

avatar
Maisarah Azmi
AUTHOR
June 16, 2012 at 9:39 AM delete

huhu.. good entry...jadi dr.cinta ye kak lisa..

avatar
shera
AUTHOR
June 16, 2012 at 4:57 PM delete

Kak Lyssa ni bagus lah . Bagi tips2 semua ni . Kita memang suka baca benda2 camni

avatar
September 3, 2015 at 8:58 PM delete

kak lyssa memang bagus ah bagi tips bagai. memang berguna utk org yg dilamun cinta .

avatar
Emy Effendi
AUTHOR
September 9, 2015 at 5:46 PM delete

#singgahsini

alamak, kiteorg tak pernah sebut ILY tu . hihi
malu segan semua ada T_T

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon