Strawberi, Epal Buah Cinta ...

Gadis Kidal Berceloteh...
02/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


 
 Alamakkk . Terliurrrr nya . Nyumm3 . Lama tak makan strawberi celup-2 dengan coklat ! Wee ♥



SAMA baiknya dengan sayur-sayuran, buah-buahan juga membawa banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Selain memberi pelbagai sumber mineral untuk kesihatan ,  buah-buahan boleh menaikkan rangsangan dan menyemarakkan kasih sayang terhadap pasangan.

Oleh sebab itu, buahan-buahan seperti strawberi dan epal antara buah yang dihubungkan dengan rasa cinta pasangan. Tidak hairan apabila strawberi bersama coklat menjadi antara menu popular untuk pasangan kekasih.

Ini diakui pakar pemakanan Indra Balaratnam, yang memberitahu sesetengah jenis buah-buahan boleh menghidupkan imaginasi dan menyemarakkan keintiman antara pasangan.


Pisang contohnya, kaya dengan vitamin B yang mampu meningkatkan metabolisme dan tenaga, sekali gus menguatkan nafsu seseorang

“Bagi penggemar pisang, memakannya setiap hari selain baik untuk kulit juga mampu menaikkan rasa cinta pasangan. Apa kata anda cuba rasai kelazatan pisang bersama aiskrim, krim putar dan sedikit sos coklat sebagai manisan, kemudian kongsi bersama pasangan tersayang. Pasti anda akan dapat rasai perbezaannya,” kata Indra.

Selain itu anggur, berdasarkan mitos, adalah buah yang dikaitkan dengan kesuburan manusia. Strawberi pula sejak sekian lama dianggap buah yang sangat ‘seksi’ kerana warnanya yang merah menyala dan isinya yang lazat dan berair. Ia kaya vitamin C, menjadikannya makanan berkhasiat untuk menambah kesuburan.

“Sebab itu hidangan strawberi dengan aiskrim akan menjadikan suasana lebih romantik manakala strawberi yang dicicah bersama coklat cair menjadikan manisan lebih lazat serta mempengaruhi rasa cinta kepada pasangan,” katanya.

Selain itu, masyarakat di Peru percaya avokado yang kaya dengan vitamin B6, membantu mengurangkan tekanan dan menjadi sebahagian daripada pengeluaran hormon testosterone.

Sebagai sajian pengikat kasih sayang, avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buahnya boleh dimasak puri untuk dijadikan kuah guacamole atau digaul bersama jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur. Antara buah-buahan lain yang mampu meningkatkan rasa sayang dan cinta kepada pasangan ialah:


Tembikai

Pakar penyelidik mendapati likopena, beta karotena dan antioksidan dalam buah tembikai mempunyai keupayaan untuk mengendurkan saluran darah seterusnya meningkatkan keinginan seks. Selain dibuat jus, tembikai boleh menghidupkan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dijadikan hidangan moktel.


Buah Tin

Bagi pasangan kekasih, bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman pasangan. Daripada segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seksual.


Betik

Betik sering dianggap erotik dalam budaya masyarakat Barat. Selain kaya antioksidan dan vitamin C, betik menjadi sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan wanita. Sebagai buah serba guna, betik muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romantik, betik masak pula lazat dimakan begitu saja apatah lagi jika disejukkan. 


Sumber : HMetro

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

47 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
adam
AUTHOR
April 2, 2012 at 8:53 AM delete

wahhh.. sedapnyer... nak satu...

avatar
mDOTsyafiq
AUTHOR
April 2, 2012 at 8:54 AM delete

wow , mesti SEDAP . sys LYSSA , POSkan satu . shafyq nak RASA leww

avatar
Admin
AUTHOR
April 2, 2012 at 8:55 AM delete

makan tomato je hari2 konon nk kurus kan perut hahaha

avatar
Muhamad Azam
AUTHOR
April 2, 2012 at 8:56 AM delete

Mengapa betik erotik?? hehee

avatar
ndxblg
AUTHOR
April 2, 2012 at 9:05 AM delete

akak buat nieda rase nak try makan strawbry mix coklat lah...he3

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 9:18 AM delete

paling suka epal merah! nice sharing :)

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2012 at 9:54 AM delete

setuju strawberi buah yg seksi..>_<
buah tin??buah apa tu??hehehe

avatar
sitirohaida
AUTHOR
April 2, 2012 at 10:05 AM delete

sedapnye...
emm..da rase kesedapannye sekarang lysa

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2012 at 10:11 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2012 at 10:12 AM delete

meleleh air liur saya..sedapnye teng0k mcm nk curik je..

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 10:49 AM delete

sEdapnyE stRawbErry tu..t'rAse naK mKn lArkk(:

avatar
April 2, 2012 at 11:03 AM delete

sedappp nyerr strawberry ngan coklat tu... yummy yummy yummy ^^

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 11:07 AM delete

suma buah diatas mmg ada dalm simpanan peti kt umah..
ptt ler shark sehat jer:p

avatar
April 2, 2012 at 11:43 AM delete

good info..tak pernah tahu pun sebelum ni..

avatar
FIZGRAPHIC
AUTHOR
April 2, 2012 at 12:04 PM delete

Feveret buah tembikai. Hihihi

avatar
April 2, 2012 at 12:28 PM delete

Dua-dua buah ni saya tak makan...alergic~

avatar
April 2, 2012 at 12:45 PM delete

nyum3. trliur plak tgok pic tuh. hee~

avatar
April 2, 2012 at 12:51 PM delete

wahh bagus laa thanks yer untuk info2 yg terbaekkk ni ;-)

p/s: lisa dok balik pulau ka?? saja tnya sbb la ni pun dok penang gak!!

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 1:14 PM delete

sedap tuh, dah alang2 cakap pasal buah ni, hari tuh mirul ada buat research pasal dates aka buah kurma..
actually 7 makanan terbaik dlm islam ni bagus tau.
kurma tuh sebagai contoh dpt tingktkan kita punya kesuburan + improve quality sperm kita..

avatar
Aliff Haikal
AUTHOR
April 2, 2012 at 1:19 PM delete

penang banyak buah kan ? jom reramai g penang ! :p

avatar
misshannajr
AUTHOR
April 2, 2012 at 1:21 PM delete

amboi! dah mcm pakar pemakanan pulak lyssa ni hehe..gud info utk share tQ..terliur tau tgk stoberi cekelat tu..tak penah makan pun..

avatar
Dayz
AUTHOR
April 2, 2012 at 1:37 PM delete

wah baru tau info ttg buah2han nie.. thx sys lyssa sbb share, btw t'liur tngok strawberi cokolat tu.. nyum2~ ^_^

avatar
The Fakhirin
AUTHOR
April 2, 2012 at 2:46 PM delete

oooo camtu...time kluar dating kna mkn epal la...baru msing2 romantik..hahahhaa

avatar
NAL
AUTHOR
April 2, 2012 at 3:00 PM delete

tembikai juga dapat menghilangkan dahaga..suka sgt..^^

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2012 at 3:26 PM delete

sedapnya . mmg mengiurkan .tapi naseb baex ta menceceh . haha (:

avatar
April 2, 2012 at 3:44 PM delete

sedapnya tengok strawberi cicah coklat ^_^ nyum2

avatar
April 2, 2012 at 3:50 PM delete

kenapa semua nk rangsang seksual ? hahaha.. kita suka strawberry dgn betik ! auwww

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 3:59 PM delete

wahh , sedappnye.. hehe

avatar
Uji Hussein
AUTHOR
April 2, 2012 at 5:45 PM delete

Tembilai is my fav.Tak tau pulak boleh tingkat keinginan seks.hahahaha.....

avatar
April 2, 2012 at 7:04 PM delete

Minum Monavie bersama pasangan. Semua kebaikan buah dapat rasa sekali serentak :Pp

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2012 at 7:33 PM delete

husna x makan strawberry..^^

avatar
April 2, 2012 at 10:34 PM delete

Sodaaappp....makan, makan dan makan..

avatar
April 2, 2012 at 11:02 PM delete

org tua kater betik bole cntikkan body perempuan >.<

http://keepdlady.blogspot.com/
*join my cyber community by support my blog project on sexual harassment awareness.i'm really appreciate ur comment or idea as it'll be a part of my research

avatar
Dayang Deno
AUTHOR
April 3, 2012 at 12:01 AM delete

emmm.... buah mmg bagus untuk kesihatan.. tapi org seperti deno yang ada penyakit SLE, kena tengok juga buah apa nak makan... deno ada limiy jugak.. doktor galakkan mkn epal, limau, betik, tembikai.. buah anggur dan pisang tak boleh sgt sbb tinggi potassium.. bahaya kalau tinggi potassium, boleh menyebabkan jantung berhenti tiba2.. beruntungnya org yg sht2 boleh makan semua buah peberet die....

avatar
Dayang Deno
AUTHOR
April 3, 2012 at 12:04 AM delete

meleleh tengok buah strawberry dicicah coklat... biasa kalau org tgh bercinta mmg famous la kan buah strawberry nie kan...:)

avatar
shahrazali
AUTHOR
April 3, 2012 at 6:10 AM delete

nice info my lyssa.......hehe...

x pernah lg makan strawberi ngn coklat tu....tp bila tngok gmbr tu,,terasa ingin nk cuba....

avatar
Zyra Roxx
AUTHOR
April 3, 2012 at 11:08 AM delete

om nom nom nom, nyummy!! suka semua buah2an chenta ni :p

avatar
Unknown
AUTHOR
April 3, 2012 at 9:29 PM delete

buah2an ni memang banyak khasiatnya..

avatar
NadyaBubble
AUTHOR
April 4, 2012 at 9:21 PM delete

Sedapnya buah-buah ni :D

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2012 at 12:14 AM delete

alamak buah mata kucing xterlist..hihihi

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon