17/01/2012
.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
(Lyssa tahu ENTRI INI panjang , tapi , menarik tau ? Baca lahh .. )
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS , apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat,
* Ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
* Yang lelaki , budak budak muda pakai seluar ketat.
* Semua nak tunjuk kuat.
* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
* Tapi hidup pula yang melarat.
* Tali kasut dah tak berikat.
* Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat.
* Suka pakai baju ketat.
* Suka sangat menunjukkan pusat.
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
* Pakai pulak yang singkat-singkat.
* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat.
* Bila berjumpa, tangan berjabat.
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
* Usah peduli agama dan adat.
* Usah takut Allah dan malaikat.
* Yang penting apa kita nak buat?
* Kita ‘bukti’ lah kita buat.
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
* Bila anak-anak tak cukup sifat, masa tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
* Habis manusia telah tersesat.
* Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
* Marilah kita pakat mengingat,
* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,
* Sampai masa kita semua akan berangkat! .
* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
* Masa tu, sindri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
p/s : Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
25 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sininice one dear ! :)
Hye kak lyssa .
suka dgn lgu dlm blog kak lyssa .
klau msuk blog kak lyssa mesti tenang jer .
nk tanye , lgu kt blog kak lyssa ape ?
hehehehe..best2
byknya!!!! woh!!
Nice kak lyssa!yes,,ramai yang seolah olah leka dengan dunia fana ni!
best GURINDAM ni:)
beringatlah sesama kita.nice info lyssa
Nasihat yg menarik ^^
http://iekaliciouslife.blogspot.com/
jemput singgah kalau sudi:)
heee best bacer..
nasihat yang berguna!
samalah kita saling ingat mengingati..
Satu kenyataan yang tak boleh kita sangkal~
awesome lah kak lyssa :)
untuk renungan bersama!!!
semoga kita semua sentiasa di rahmati Allah. insyaAllah. :) nice ^^
menarik lar lyssa..^^
mntak share ye..
rasa nak nanges baca. very meaningful.
insyaAllah..mintak2 dijauhkan dari segala keburukan..amin.
sama2 lah kita saling mengingat :)
Assalamualaikum.. Insyaallah semoga kita semua drahmati oleh Allah.. Blog sy ada mslah, post entry tak kluar kt blog. Dkt publish ada. cmne ni... kena wat blog baru ke
Nice Nice :D
www.doctorvuitton.blogspot.com
hye dear.. enjoy ur blog..nice! i follow u..follow me back okeh! :)
misssundaestobery.blogspot.com
terbaekk! ^___^
terbaik :)
http://notamanjaku.blogspot.com/
huhu sbenrnya ni la yg berlaku zaman skarang . nice entry ! xD
salam ... akak ... saya baru buat blog ... ta reti lar na edit blog jenis baru .. akak bleyh tlg saya ???
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon