19/12/2011
.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v
Katanya, kejadian itu disedari jam 1.30 tengah hari, ketika dia bersama rakannya mahu mengambil sampah dari sebuah lori yang baru tiba di kawasan terbabit.
“Mata saya kemudian terarah kepada kotak yang siap berbungkus plastik sebelum mengambil dan membukanya. Ketika itu saya nampak sesuatu yang pelik pada bungkusan itu dan selepas diamati ia adalah muka bayi lelaki,” katanya.
Katanya, dia kemudian meminta rakannya, Rohani Salleh, 50, menghubungi polis. Menurut Rohani, dia terlalu sedih melihat keadaan bayi berkenaan yang diletakkan dalam kotak.
Gambar ini tak de kene mengena . Perhiasan semata-mata :)
Comel kan ! Geram i ! ahakss !MACHANG: “Sudah enam tahun bekerja sebagai pencari sampah tetapi barangan yang saya jumpa kali ini lain daripada sebelumnya hingga tidak mampu mengawal emosi dan meraung,” kata pencari sampah, Rusmi Shafei, 30.
Bapa kepada dua anak itu berdepan situasi mendebarkan apabila menemui mayat bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat serta mempunyai kesan darah dalam kotak dibuang di pusat pelupusan sampah di Labok, dekat sini, semalam.
Katanya, kejadian itu disedari jam 1.30 tengah hari, ketika dia bersama rakannya mahu mengambil sampah dari sebuah lori yang baru tiba di kawasan terbabit.
“Ketika itu saya bersama sembilan rakan yang lain mahu menyerbu sampah yang dibawa sebuah lori, selain mahu mengambil barangan yang masih boleh digunakan.
“Mata saya kemudian terarah kepada kotak yang siap berbungkus plastik sebelum mengambil dan membukanya. Ketika itu saya nampak sesuatu yang pelik pada bungkusan itu dan selepas diamati ia adalah muka bayi lelaki,” katanya.
Katanya, dia kemudian meminta rakannya, Rohani Salleh, 50, menghubungi polis. Menurut Rohani, dia terlalu sedih melihat keadaan bayi berkenaan yang diletakkan dalam kotak.
“Saya tergamam kerana sepanjang mencari barangan di tapak terbabit, inilah kali pertama terjumpa mayat bayi yang dibuang tanpa belas kasihan.
“Saya tidak dapat bayangkan perasaan dan hati ibu kepada bayi berkenaan kerana sanggup bertindak demikian terhadap bayi itu. Yang pasti ibu berkenaan perlu dihukum walau dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas bersama beberapa anggotanya ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.
“Ketika tiba di lokasi terbabit, pemeriksaan kemudian dilakukan dan mendapati mayat bayi lelaki berusia kira-kira dua hari, atau pun kurang daripada itu di situ.
“Mayat itu masih bertali pusat dan darah melekat pada kain membalutnya,” katanya.
Che Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.
Credit to : Hmetro
LS - Ishk . Kes ini memang tak kan terpadam dalam sejarah hidup negara ni haa . Ada sahaja kes pembuangan bayi di mana - mana . Boleh dikatakan isu ini isu yang berpanjangan dan sampai kesudah .. tak kan ada penghujungnya . Kesian betul dekat bayi tu ! Siket pun tak de rasa belas kasihan kan ? Dah pandai buat tu , pandai tanggung lah ! Ni takkk . Sanggup pulak letak bayi tu dalam kotak . Haishh . Manusia zaman sekarang .. Apa nak jadii lahh ~
20 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinikesian tengok baby kena buang !
dah la comel :(
Biasalah , prang takde iman . Dahlaa berzina , lepasu buang plak anak tuh .
sungguh kejam manusia zaman sekarang ! dh bt seronok bilaa dh timbul kes mengandung anak haram baru cari sebab nk buang semua . tak patut betoi .
kak lyssa mmng prihatin ^^
maka bertambah2 lah keturunan-keturunan yang tak elok... memang tak kan habis2 dengan pembuangan bayi ni lyssa
macam tu laa manusia . bilaa dh seronok bt bendaa haram neh then bilaa dh mengandung . hmm . haih , manusia manusia !
kesian kesian
kesian dia , dia tk de dosa apa-2 pun :(
kesian kat bby yg xbsalah itu...
hukuman kepada ibu bapa budak yang dibuang perlu di ketatkan dan mandatori baru die org tau n takut
remaja skrg ni berani tak bertempat....didikan agama plak kurang...
Sedih ny...Takde perasaan langsung la yang membuang ny.
kakak,boleh tak nak request tuto? tuto divider antara post body dengan sidebar. thanks.
:)
ish..patot la sekarang kaum lelaki makin pupus...hmm..kalau xnak bayi tu pon,bagi je dekat saya ..memandangkan saya memang xde adik lelaki..huhu
Orang tak da anak, nak anak tak dapat.. kesian sangat.. Ada manusia dah dapat, buang, bunuh pulak... dah buat dosa, saja nak menambah lagi.. tian baby omey-omey
Ni la jadi kalau ilmu agama bukan menjadi sandaran hidup..akhir zaman...
hurm..susah nk cakap..saya nie teringin sgt nak anak tp Allah blum kasi lagi rezeki..tp org yang dpt anak nie suke2 jerk nk buang..x sayang ke? kalo xnk anak 2 bagi lah kt org yg nak..dh lah dh wat dosa..menambah lagi dosa p buang anak 2..rase nak nagis lah...huhuhu
Dunia akhir zaman.Manusia sanggup membunuh :(
@Cinta Hazel
Pemikiran mereka dah xsama dgn pemikiran org normal. apa yang mereka tahu memuaskan nafsu..kasih sayang mereka hanya berlandaskan nafsu...the different future gonna facing.
baby yg comel n x bersalah selalu jadi mangsa
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon