Assalamualaikum...
Hai korang... Dalam hidup ni, pernah tak korang, tak kira la, korang ni lelaki ke ataupun perempuan pernah tak 'ter'jatuh cinta ataupun 'ter'suka pada kawan kita sendiri mahupun sahabat ? Haaa... Kalau jadi begitu, apa kita nak buat ? Lyssa nak pembaca blog Lyssa ni faham tentang perasaan sendiri dan mempunyai kekuatan jika terjatuh cinta terhadap kawan sendiri.
Ada yang mengatakan, hubungan cinta terbaik bermula dengan ikatan persahabatan. Daripada sebuah jalinan persahabatan, kita sebenarnya dapat mengenali pasangan dengan lebih baik. Namun,, apabila kita berasa kita sudah mula jatuh cinta dengan rakan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan tu, kan ?
Emm. Macam mana kita nak bawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa ? Apakah kita hanya bertepuk sebelah tangan ? Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan ?
Apa-apa pun, sudah pastinya kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada. Sebenarnya korang perlu tahu memahami situasi dan tahu apakah tips atau langkah yang patut korang ambil. Pastikan terlebih dahulu perasaan tersebut. Boleh dikatakan salah satu sebab seseorang itu jatuh cinta dengan kawan sendiri kerasa berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama.
Tapi, sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati. Betul ke, rakan itu juga benar-benar mempunyai perasaan yang sama ? Kalau ada, ini mungkin tandanya :
Jom kita lihat !!
- Dia seperti memberi isyarat mahu keluar bertemu janji
- Seperti cemburu jika kita cuba keluar atau bertemu janji dengan orang lain
- Dia tidak berminat untuk bertemu janji dengan orang lain dan sering beri perhatian pada kita
- Banyak bertanya mengenai apa yang kita suka dan tidak suka
Sebelum luahkan perasaan korang, jika kita memberitahu rakan itu mengenai perasaan suka kita padanya dan dia pun merasakan perasaan yang sama, sememangnya berbaloi kita memberitahunya. Namun, jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu kita akan kecewa dibuatnya malah mendapat malu pula.
Siap sediakan diri korang dengan sebarang kemungkinan, namun jangan biarkan ia melenyapkan keinginan korang untuk mengetahui ke mana arah perhubungan itu. Jangan pula keraskan hati terutama dalam situasi ini. Ketepikan ego dan perasaan ragu jita kita benar-benar tahu dialah pilihan hati. Mereka yang selalu memendam perasaan dan tidak berani bertindak proaktif, dialah yang selalunya rugi..
Selepas kita bersedia dari segi mental, pastikan pula, korang tahu apa yang perlu dikatakan walau apapun jawapannya. Kuncinya adalah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jangan 'frust' melebih sudah!
Untuk memberitahunya, pastikan kita memilih masa dan tempat bersesuaian yang dia selesa dan mudah faham apa yang kita beritahu. Beritahulah dalam keadaan yang bersahaja dan jangan terlalu serius, dah macam nak umum satu benda yang penting pulak ! haha.
Korang perlu bersedia maafkan dia jika reaksinya tidak seperti yang kita harapkan. Berilah dia masa untuk berfikir dan jangan kelihatan seperti memaksa.
Kalau dia juga suka ?
Tentu rasa hati seperti melayang-layang di awangan kan ? Namun, jangan berhenti berusaha dalam perhubungan takat tu je. Buktikan kita bukan main-main dan serius ! Akan tetapi, janganlah pula terlalu serius dan berilah dia sedikit ruangan untuk memproses peralihan jalinan ini.
Jangan pula bertindak seperti kita tahu semuanya tentang dia kerasa sebelum ini adalah rakan. Kenalinya dengan lebih mendalam dan bersedialah dengan soalan rakan-rakan lain yang akan bertubi-tubi datang. haha !
Kalau dia tidak suka ?
Besar juga kemungkinannya yang dia tidak akan sukakan kita seperti kita menyukainya. Jika dia hanya boleh berkawan dengan kita, terimalah dengan tabah dan hati yang terbuka. Perhubungan persahabatan pula mungkin akan berubah dan sedikir janggal, namun jangan pula terus mengakhiri jalinan itu. Jangan juga tetlalu berharap bahawa dia akan berubah fikiran..
Teruskan kehidupan kerana tenyata jodoh anda bukanlah dia dan mencintai tidak semestinya memiliki, kan ? :)
Itu sahaja perkongsikan daripada Lyssa. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang yang masih dalam dilema kerana mencintai seorang yang bergelar kawan, kan :)
TerimaKasihSudiBaca~
LIKE JIKA SUKA, SHARE JIKA BERMAKNA..
9 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniAlhamdulillah.. kawan baik ai dah pun jadi husband ai. =D
ermmmm...kalau cinta bertepuk sebelah tangan...apa boleh buat lah..
@Aisya Ismailbestnya hehehe
kadang kadang rasa suka jugak kat kawan baik sendiri sebab dia selalu teman makan, pastu selalu ada nak melayan kita kan. tapi takut jugak, kalau bercinta kang putus boleh ke nak jadi kawan balik ;)
My bestfriend is my soulmate now. Huhuhu
hmm kalau cinta tak kena balas tu yang, alamak ai patah hati hehe
Kalau la kan sorang laki ni ada bff pompuan..n bff dia pernah ckp walau apa sklipun, dia xkan tinggalkan saya even untuk pakwe dia..dia sggup break dgn pakwe dia untuk trus brkwan dgn llaki tu...then bila birthday laki tu, bff dia suka pkst kat insta bt ayat2 appreciation smua...n one more thing, bila laki tu ckp psal perpisahan, bff pompuan dia tu mula nk rasa sedih n nk mnangis...itu tnda2 bff pompuan dia tu da ada prsaan ke kat laki tu..ke bkn??
@adam mikael
kalau dah macam tu sekali, memang dah ada perasaan kat lelaki tu ler...
Saya adalah sorang kwan baik pompuan ni..n dia ada slalu untuk saya ssah snang..slalu motivate bila.saya down...n I thought maybe she have feeling toward be but one day kami ada buka cita pasal cintan cintun ni ngan(bkn.psal kami laa)..dia ada ckp.kat saya "kalau aq kawan smpy bila2 aq kwn n xmgkin bercinta" something like that...saya jd musykil she seems to like me...she always said that she could'nt leave me at any cost..but bila saya dgaq statement dia yg td tu..saya trus rasa pelik apa sbnrnya prasaan dia kat saya...sorry pjg2...just nk tnya je pndpat smua..hehehe..almaklumlah saya bkn.pndai baca aty org especially pompuan ni
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon