Tempat Makan Menarik di Tappers Cafe Quill City Mall

Assalamualaikum..

Hi korang semua... Lyssa nak cerita sikit ni.. Baru-baru ni Lyssa ada pergi ke satu cafe ni, buat food review kat situ.. Yes ! Macam korang nampak kat tajuk tu.. Lyssa makan di Tappers Cafe Quill City Mall. Kalau ada antara korang yang tercari-tercari tempat makan menarik di KL, korang boleh singgah di Quill City Mall dan makan di Tappers Cafe. Makanan kat situ, semuanya superohsem tau !

Gambar ni view di bahagian luar Tappers Cafe Quill City Mall. 
Senang lah korang nak cari nanti! hihi

Ok ! Back to food review tu. Lyssa ada cuba makan 6 menu di Tappers ni yang best tau. Sangat-sangat recommended kalau korang nak cuba juga menu ni sebab semuanya memang kena dengan selera tekak Lyssa dan paling penting semua harga disini termasuk (GST). Antara menu yang Lyssa cuba haritu adalah Spaghetti Carbonara, Chicken Parmigiana, Tappers Hainanese Chicken Chop, Golden Salted Egg Chicken Rice, Asam Laksa dan Thai Chicken Vermicelli.



Nampak semua makanan tu ? Rasa macam menyucuk-nyucuk je anak tekak, terus rasa macam craving dan nak pergi lagi makan kat situ! hihihi. Ok ! Meh la Lyssa cerita satu persatu mengenai menu tu ye. Mana tahu, bila tengok harga nanti korang pun nak cuba kan kan ? :P



Spaghetti Carbonara

Harga : RM 16.50 (Ala Carte)

Spaghetti Carbonara adalah one of my favourite menu kat sini. Kalau korang nak tahu, biasanya pergi mana-mana restoran je mesti Lyssa akan order Spaghetti Bolognese sebab tu je yang boleh kena dengan tekak. Spaghetti Carbonara ke memang tak suka order kat mana-mana sebab rasa kembang je tekak makan banyak-banyak. Tapi tidakkkkk dengan Spaghetti Carbonara di Tappers Cafe ni. huwarghh ! Spaghetti ini dihidang bersama cream sauce dan juga ayam bakon. Korang mesti cuba yang ini.. Memang tak menyesal kalau order. 


Chicken Parmigiana

Harga : RM 16.50 (Ala Carte)

Kalau ada yang teringin nak makan ayam bersama cheese yang dicairkan di atasnya, Lyssa syorkan korang untuk cuba makan Chicken Parmigiana ni !! Nampak cheese kat atas tu pun dah rasa tergoda kan.. haha ! Haaa, ni baru gambar tau.. Belum makan lagi ! Nanti bila dah makan, korang akan tahu kenikmatannya tau.. Kat bahagian atas ayam ni diletakkan mozzarella dan parmesan cheese yang telah dicairkan bersama dengan sos tomato spaghetti dan dihidangkan dengan chips dan coleslaw. Rugi kalau tak cuba :D


Tappers Hainanese Chicken Chop

Harga : RM 16.40 (Ala Carte)

Ada yang teringin nak makan chicken chop tak kat sini ? Apa kata korang cuba makan Tappers Hainanese Chicken Chop ni ! Hidangannya sangat ringkas. Hainanese Chicken Chop ini dihidangkan bersama potatoes and peas. Walaupun ringkas, tapi sedap ! Ayam dia lembut sangat. So memang senang nak potong and makan. hihihi...


Golden Salted Egg Chicken Rice

Harga : RM 14.70 (Ala Carte)

Korang jangan risau. Ingat cafe macam ni, tak ada menu nasi-nasi ke ? haha ! Siapa yang tak berapa berminat nak makan makanan barat tu, korang boleh juga makan makanan yang selalu kita makan iaitu nasi. Ok, kalau macam menu Golden Salted Egg Chicken Rice ni, memang akan kena dengan tekak dan jiwa orang Melayu macam kita. hihi. Ianya dihidangkan dengan nasi putih bersama ayam goreng yang dikacau dengan terlur masin. Paling best ayam tu. Ada rasa pedas-pedas masin sikit. Memang ngam la dengan jiwa Lyssa ! hikhik.


Asam Laksa

Harga : RM 12.60 (Ala Carte)

Kadang-kadang mungkin korang akan rasa jemu dengan makanan barat atau nasi ke kan? Apa kata korang cuba Asam Laksa di Tappers ni. Nampak tak ? Macam - macam menu ada kat sini kan. Laksa pun ada ni tau. Memang sedap asam laksa ni. Tambah-tambah bila makan masa panas-panas, fuhh lagi best lah !! Asam laksa daripada kuah ikan ini dihidangkan juga bersama nanas, timun, kepingan ikan dan juga otak udang :D



Thai Chicken Vermicelli

Harga : RM 12.60 (Ala Carte)

Ok! Ini adalah menu terakhir yang nak Lyssa kongsikan.. iaitu Thai Chicken Vermicelli. Nampak tak banyak sayur-sayur tu ? hihi ! Suka makan sayur ? Meh cuba menu ni. Tapi bukan ada sayur je semata-mata lah.. Menu ni ada mee hon yang dihidangkan bersama ayam Thai dan juga topping carrot yang dicincang, salad, timun, kacang tanah dan daun ketumbar. Cara nak makan ni, bukan ambik satu-satu telan masuk mulut. Bukan ! Korang kena gaul-gaul semuanya sekali dalam satu pinggan ni, tuangkan kuah tu, then baru makan ! hehehe. Baru lah rasa kenikmatan dan kesedapannya tu ! heheh..

  
  


Haa.. So, macam mana ? Ada yang teringin nak cuba menu - menu di Tappers Cafe ni ? Alah ! Ni baru 6 menu je Lyssa tunjuk kat korang. Ada macam-macam lagi tau makanan yang best-best kat Tappers ni. Bila tengok pada harga, tak da lah mahal sangat kan. Memang standard lah harga macam tu kat mana-mana cafe pun. Ini pun dah kira murah gak tu. Dah la sedap ! Memang tak rugi korang makan kat Tappers ni.


Haaa lagi satu ! Kat Tappers Café ni, korang boleh juga pilih untuk Set Lunch tau ! Teramat lah berbaloi…… !!! Harga makanan sama, tapi korang hanya tambah RM 1 untuk dapatkan salah satu daripada 4 jenis minuman yang ada. Korang boleh rujuk gambar di bawah ini…


Nampak tak gambar atas kat bahagian bawah tu, daripada Set Lunch ini lah, korang boleh pilih salah satu minuman tu. Ada Honey Lemon, Lemon Tea, Lime Juice dan Goo Leng Ping. Hanya tambah RM1 je.. Berbaloi kan ?! wee~




Ini view dalam Tappers Quill City Mall. Kemas dan teratur je kan ?


Oh ye ! Lyssa nak bagitau. Bukan dekat Quill City Mall je korang boleh singgah. Banyak lagi cawangan Tappers lain yang boleh korang pergi. Kat bawah ni antara cawangan yang ada. Korang boleh pergi berdekatan dengan tempat korang.

Tappers Outlets

Jaya One
51-G, Block D, Palm Square,
Jaya One,
72A Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya.

Bangsar South
Unit G-1, The Sphere,
1 Avenue 1, Bangsar South,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Setia Alam
15-1-2 Jalan Setia Prima U13/D,
Setia Alam 40170,
Shah Alam, Selangor.

Cyberjaya
P1-08, Shaftsbury Square,
Lot 2350, Cyber 6,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya.

Kuala Terengganu
No. 73 (Double Frontage)
Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu.

The Curve
Lot G38, Ground Floor,
Asian Courtyard,
No 6, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.

IOI City Mall
GE-9, Ground Floor,
IOI City Mall,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya.

Dataran Pahlawan, Melaka
G-065, G-063A, G-063,
Upper Ground Floor,
Dataran Pahlawan Megamall Melaka,
Jalan Merdeka, Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Kluang
No. 8 Jalan Lambak,
86000 Kluang,
Johor.

Bukit Beruang, Melaka
No. 9, Jalan Ixora, Bukit Beruang,  
75450 Melaka.

CAPSQUARE KL (Opening Soon)
Unit GF. 03, Ground Floor,
Menara Multi Purpose,
Capital Square,
No. 8, Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur.

Ok. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :



Terima Kasih Sudi Baca :D
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
February 16, 2017 at 8:13 PM delete

bestnyaaa.tapi xde outlet perak :(

avatar
February 17, 2017 at 12:45 AM delete

@Shesyira As

alooooo tu la kan . kat perak tak de.
nanti bila2 dtg kl, boleh la makan kat sini :D

avatar
Bahrain
AUTHOR
February 17, 2017 at 12:48 AM delete

pernah makan kat sini masa time puasa, berbuka puasa kat sini.. Overall makanan sedap jaga kualiti harga berpatutan kalau nak dibandingkan cafe2x lain kat Ioi City Mall Putrajaya.

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
February 17, 2017 at 2:43 PM delete

eeeeeee..sedapnya makanan tu...bikin berliur jak...nyummmmmmm...a

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon