Pengalaman Kali Pertama Lyssa Memakai Braces / Bergigi Besi !

Assalamualaikum ...



Hai korangggggg ! Wahahaha . Dah sebulan lebih bergigi besi baru nak update kat belog ka Lyssa ?? Maaf ye korang. Hari ni pulak terasa macam sel-sel otak berfungsi kembali setelah beberapa hari belog ini bersawang ditinggalkan. Sebab tu kalau korang perasan, termasuk yang ini, dah berapa entri Lyssa update kan ? *Sila lihat Blog Archive di sidebar sebelah :P* Sabar sikit lah sebab entri ni Lyssa nak melepaskan nafsu menaip Lyssa kat korang, untuk korang hadam masuk perut kasi kenyang ye. Nak membebel panjang sikit kali ni disebabkan nafsu menaip kutahan sebulan dan sekarang baru nak muntahkan di blog ! Harap takde yang berdarah mata baca entri Lyssa kali ni. kahkah!

Ok. Siapa kat sini yang perasan Lyssa dah bergigi besi ? (SILA JAWAB DI RUANGAN KOMEN SEKARANG !)*sekarang ! Bukan jap lagi. Jap lagi comment lagi sekali lepas dah habis baca dan hadam semuanya ya !

Haha. Mesti lah semua orang perasan kan, dah Lyssa tepek gambaq besaq gedabaq kat ataih tu haa. Tak. Tak. Maksud Lyssa siapa yang dah perasan yang sebenarnya Lyssa dah lama dah pakai braces ni. FYI, Lyssa start pakai braces pada 13/8/2016 dimana dah sebulan lebih la kiranya kan! 

Mesti ada yang tertanya-tanya. "Apalah masalah gigi Lyssa tu sampai pi buat braces. Aku tengok, gigi dia elok jaa. Tak dak apa masalah pun. Nak kata jongang, tak pernah pulak aku tengok gigi dia tersembul keluar.." Macam-macamlah persoalan yang timbul. Sebab ada jugak yang tanya, kenapa buat braces ? Gigi dah cantik kot?! haha. Cantiklah sangat. Korang tengok je lah japgi Lyssa taruk gambar nak suruh korang usha, kat mana ntah yang cantiknya ? haha.

DI MANA TEMPAT LYSSA BUAT BRACES ?


Soalan yang tak pernah lari kalau sesiapa pun la yang buat. Yang teringin nak buat jugak tu, mesti akan tanya jugak soalan macam ni. "Buat kat mana ?" haa. Lyssa pun pernah disoal macam tu. Sebab tu Lyssa nak cerita kat sini. Kalau korang nak tahu, Lyssa buat braces ni kat Penang je. I mean dekat Klinik Pergigian Balik Pulau, Pulau Pinang which is dekat je dengan rumah Lyssa ni. Memandangkan Lyssa memang stay dekat Balik Pulau, jadi Lyssa buat keputusan untuk buat je terus kat sini. Lyssa tahu, memang Lyssa belajar di Kuala Lumpur dan tinggal di kawasan Wangsa Maju. Dah banyak Klinik Gigi area situ dah Lyssa tanya, kebanyakannya cakap rawatan melebihi RM6000. hm. Bengkak jugak lah telinga ni bila dengar jumlah sebanyak tu. Bapakkk mahal la !hm. And bila tanya harga kat Klinik Gigi Balik Pulau ni agak murah lah pada mulanya. Ok. Bab harga nanti Lyssa ceritakan eh.


SEBAB MENGAPA LYSSA BUAT BRACES ?


Kalau nak bagi sebab, memang banyaklah sebab yang Lyssa nak senaraikan kat korang. Takut terjojol pulak bijik mata korang baca satu persatu kan? So, Lyssa just bagi sebab utama je lah eh. haha! Kalau korang nak tahu, hajat Lyssa nak buat braces ni memang dah lama. Kalau tak silap, masa tahun 2013 lagi Lyssa bercita-cita nak pasang braces. Tapi, tak berkesempatan sangat masa tu. Mungkin sebab tak berapa nak bersedia kot. Sebab tu bertangguh sampaila sekarang. Sebab Lyssa nak sangat buat braces sebab Lyssa ada masalah gigi jarang kat bahagian tengah gigi atas. Jadi, bila dah jarang tu, memang tersangat segan la nak senyum nampak gigi. Kalau korang perasan, banyak gambar Lyssa kalau selfie mesti tutup mulut dan jarang lah nampak gigi bila senyum. haha. Sebab gigi yang jarang tu lah. Rasa kurang konfiden pun ada. Nak tengok tak gigi Lyssa sebelum pakai braces dan setelah 22 hari pakai. Jap Lyssa tunjukkan kat korang.


*alahai ! malu nye tunjuk gambar gigi sendiri kat orang lain ! hahah. Sekarang baru berani la tunjuk sebab dah pakai braceskan. Haaa. Macam tu lah keadaan gigi Lyssa sebelum pakai braces. Nampak tak betapa tak cantiknya gigi Lyssa tu. Cantik kot mana la yang korang nampak tu. Senyum je, nampak 'gua' kat tengah. Bila bersembang dengan orang je, kadang-kadang sembang bukan tengok mata. Tengok 'gua niah' tu. haha. Mana tak rasa malu kan. Bukan tak bersyukur. Tapi tak berapa konfiden nak berkomunikasi dengan semua orang. And sekarang ni dah pakai gigi besi, bila nak bercakap tu, ada la konfiden siket. Maybe lepas dah bukak braces ni, lagi konfiden la nak tersengih sana sini. haha ! So, itu je lah sebab Lyssa nak pakai braces.


BERAPA HARGA ATAU KOS RAWATAN BUAT BRACES NI ?


Ok. Kalau korang semua nak tahu, kos rawatan buat braces ni sebenarnya bergantung pada klinik yang kita pergi. Ada yang caj mahal dan ada juga yang caj murah gila. So, bagi klinik yang Lyssa pergi ni, harga dia boleh boleh la. Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Braces ni sebenarnya ada 3 jenis. Lyssa dah lupa dah 3 jenis yang doktor tu tunjukkan tapi Lyssa pilih jenis yang kedua which is jenis yang biasa dan selalu orang guna. So bagi jenis yang kedua tu, metal @ stainless steel dan menggunakan bersama ligature @ elastic @ getah berwarna yang perlu ditukar setiap bulan. Harga untuk yang itu RM5500 untuk dipasangkan atas dan gigi bawah. Tapi, disebabkan Lyssa ni ada masalah untuk gigi atas yang jarang tu, jadi Lyssa buat keputusan untuk buat braces di bahagian gigi atas SAHAJA. hihi. Jadi, doktor tu kata harga untuk atas sahaja separuh dari harga yang dinyatakan di mana untuk braces Lyssa hanya bayar RM2750 sahaja . Eh, itu untuk harga braces je tau. Tak termasuk lagi dengan harga 'retainer' dan juga 'inivisalign'. Dua benda tu kena guna selepas braces dah dibuka. Kena pakai masa tidur kot tak silap Lyssa. Kalau tak, kemungkinan gigi akan kembali macam asal balik. Jadi, bila dikira-kira balik lebih kurang dalam RM3800 untuk kesemuanya. Doktor tu pun tak sure lagi, sebab dia nak confirmkan harga retainer tu berapa nanti. Baru dia akan beritahu balik harga keseluruhannya berapa. Tapi kan korang, bukan segedebuk Lyssa kena bayar RM3800 tu.. Kita kena bayar depositnya dulu. And then bayar pula setiap bulan. Deposit bagi klinik ni minimum RM1500. Dan bulan-bulan kena bayar RM200. Tapi, korang ingat ye, tak semua klinik sama. Ada klinik yang ambil RM100 je sebulan. Ada juga yang ambil RM150. So, korang kena pandai-pandai la pergi cari klinik yang murah. Ntah la. Lyssa rasa macam mahal pun ada sebab kena bayar RM200 bulan bulan. Tapi, nak buat macam mana. Dah tergedik nak sangat pakai braces.. Bayar je lah. Lagipun, bukan pakai duit mama abah Lyssa pun. Duit hasil dari titik peluh berblog jugak. haha! Bedal je la. Untuk diri sendirikan . Apa salahnya ye dok ?:P

PERLU BUAT 'APPOINTMENT' DULU KE SEBELUM BUAT BRACES ?


Yup ! Memang perlu sangat-sangat la buat appointment. Macam Lyssa, sebelum apa-apa, Lyssa call je dulu klinik tu. Tanya kat situ ada buat rawatan braces tak ? Harga macam mana ? Deposit berapa ? Bulan-bulan berapa ? Bila boleh jumpa doktor ? Semua Lyssa tanya. And then bila dia jawab je, terus Lyssa setuju untuk berjumpa dengan doktor. Pergi jumpa doktor dan bawak siap-siap duit deposit tu. Akak tu kata, confirm nak buat braces boleh bayar terus deposit tu. Kalau macam ragu-ragu lagi, boleh la jumpa doktor dulu and kena bayar RM100 je dulu. Tapi, Lyssa memang nak buat sangat kan. So,  Lyssa pergi ke klinik tu, jumpa doktor and terus je bayar duit deposit.


PERASAAN KALI PERTAMA JUMPA DOKTOR BUAT BRACES


Adeii ! Kalau nak tahu kan, perasaan Lyssa masa tu, memang membuak-buak sangat eksaitednya sebab kengkononnya dapat jumpa doktor hari pertama tu, terus je boleh buat braces. Tapi ! hmm. Harapan je semata-mata. Ok. Kalau korang nak tahu, Lyssa buat appointment dengan doktor tu masa lepas raya kalau tak silap pada tarikh 16/07/2016 (Sabtu). Bulan tujuh tau dak?! Ok. Masa tu, semangat ni nak pergi jumpa doktor. Masuk dalam bilik rawatan tu. Ingat ke, doktor tu terus je nak pasang braces masa tu. Tengok-tengok, dia check dulu gigi ni. Then, dia tanya la apa masalah gigi ni sampai nak buat braces ? Lyssa cakap la, gigi depan ni jarang. Sebab tu nak buat. Lepas tu, doktor tu cadangkan tampal je kat tengah-tengah gigi tu. Then Lyssa tanya la, ada apa-apa kesan tak lepas tampal tu. Katanya, lepas 5 tahun, mungkin benda tampal tu akan berubah warna. Dengar je tu, terus Lyssa cakap, tak pelah . Saya nak buat braces ! K fine. Then terus doktor tu cakap.. Kalau nak buat braces juga, awak kena pergi X-Ray dulu gigi ni. Takut-takut ada gigi tertanam dalam gusi bahagian tengah ni, sebab tu gigi jadi jarang tu. Ah, sudah ! Satu hal pulak nak pergi X-Ray gigi. Ingat ke, boleh la X-Ray kat klinik tu je. Tengok-tengok disuruhnya pergi X-Ray dekat hospital. Haa, Hospital Pantai. Then. Lyssa kata.. Takpelah, saya pergi X-Ray. Keluar je dari bilik rawatan tu, terus bagitau mama Lyssa kata nak kena X-Ray gigi kat Hospital Pantai. Banyak pulak procedure nye kan ? Siap-siap la Lyssa bayar deposit RM1500 tu dulu. Then balik, esoknya pergi hospital, X-Ray.. Bayar RM70 dan terus bagi X-Ray tu kat klinik tu balik. Alhamdulillah gigi tak de masalah dan boleh terus buat next perjumpaan iaitu pada 13/08/2016 tu lah. Nampak tak ? SEBULAN kot kena tunggu. Dari bulan 7 yang eksaited kemain tu, dah terpaksa nak kena tunggu pulak. haha. Masa tu perasaan Lyssa Allah sahaja lah yang tahu. Penantian itu satu penyeksaan tau dak ! huh.

SAKIT TAK BUAT BRACES ?


Soalan yang lazim ditanya masyarat bila tengok seorang makhluk pakai braces. haha. Sakit ? Bagi, Lyssa memang TAK RASA SAKIT LANGSUNG. Bukan nak riak atau takbur ke apa tau. Tapi, itu lah yang Lyssa rasa masa doktor tu pasang braces kat gigi Lyssa. hihi. Lyssa dok rileks nganga mulut luas-luas ja. Sebelum tu, doktor suruh pakai spec lutsinar tu. Takut tak tahan cahaya lampu kot. Lepas tu, baring.. Tunggu je doktor tu selongkar dalam mulut kita. Lepas dah siap je dia gam kan 'metal' tu kat gigi kita, pasang dawai celah-celah 'metal' tu dan nak hampir siap, doktor tu tanya kita .."Nak pakai getah warna apa ? Boleh campur-campur juga kalau nak.." haha ! Lyssa tengok memang banyak gila warna. Macam-macamlah warna yang ada. Pilih punya pilih Lyssa ternampak warna pink terang. Then Lyssa terus cakap nak warna ni. And baring balik dan doktor tu pasang pulak getah. Dan ... 30 minit je .. SIAP ! Masa dah selesai tu memang la rasa susah sikit nak tutup mulut. Biasala kan ada pulak 'alien kecil' dalam mulut siapa tak rasa janggalkan. Lepas tu, doktor tu cakap mungkin akan rasa sakit dalam seminggu macam tu. Kalau tak tahan sangat rasa sakit tu nanti, telan je panadol. Nanti ok lah. haha ! Seminggu Lyssa pakai, memang tak rasa sakit langsung la.. Tak sentuh langsung panadol. Cuma 2 3 hari tu je lah.. Rasa kebas-kebas sebab gigi tu macam bergerak nak rapatkan jurang gigi yang jarang tu .. kahkah. Tapi, kalau bab makan memang kena jaga sangat seminggu tu. Tau tak Lyssa makan apa ? Seminggu makan bubur je.. Tak pun, nasi dengan sup je. haha . Alaaa, macam tengah berpantang pulak kan. hihi. Takpe, awal-awal je, lama-lama dah ok lah ^^

KENAPA ADA YANG CAKAP SAKIT BUAT BRACES NI ?


Soalan tu, Lyssa tak tahu la jawapan dia. Ikut juga lah diri kita macam mana kan ? Ikut juga doktor yang pasangkan pada gigi kita ni. Sesetangah doktor memang ada yang cakap sakit bila dia buat. Alhamdulillah doktor yang buat braces Lyssa ni memang berhati-hati orang nya. So, tak de lah rasa sakit. Tapi, kemungkinan juga Lyssa tak berapa rasa sakit sebab buat bahagian atas je kot. Sebab tu tak rasa apa-apa. Ntah lah. Mungkin juga tu kan. Sebab jarang sangat orang buat atas @ bawah je. Lyssa pun tak berani nak cakap la hal tu. Kalau korang nak tahu sakit ke tak, cuba la pergi buat. Jom sama-sama kita jadi geng gigi besi ! haha.

*************************************

*tak gheti dah senyum tutup muluoit!* haha

Ok lah. Lyssa rasa, itu sahaja kot yang Lyssa nak kongsikan kat korang. Banyak betul Lyssa membebel dalam entri kali ni kan? Sorry pada yang tertunggu-tunggu entri Lyssa ni tau. Kalau ada apa-apa soalan yang korang rasa nak tanya kat bawah ni, silakan komen. Tak de soalan pun komen jugak ! haha. Kot kot la ada yang nak Lyssa share tips penjagaan ke macam mana.. Just comment. Nanti insyaAllah ada masa terluang, Lyssa terus update entri mengenai pertanyaan korang tu ye :D

UPDATE !!!! ----> BRACES DAH BUKA, TAK SAMPAI SETAHUN ! (read here)*

Terima Kasih Sudi Baca :) xoxo~muahciked

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

41 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
September 22, 2016 at 10:20 PM delete

ada niat jugk nk psang..blum brkesemptan lgi..haha!

avatar
Sue Izza
AUTHOR
September 22, 2016 at 11:48 PM delete

lain lak muka lyssa pakai braces tu hehehehe...

avatar
September 22, 2016 at 11:54 PM delete

@Sue Izza ; Lain tangg mana tu kak Sue ? :P

avatar
Bahrain
AUTHOR
September 23, 2016 at 12:22 AM delete

Ada perempuan saya dua orang buat braces. Nasib baik free sebab masih sekolah dan buat di klinik Kerajaan. Nyesal plak tak buat dulu skrang dah kerja ni baru nak terpk..

avatar
Etuza
AUTHOR
September 23, 2016 at 12:28 AM delete

Senyuman pasti menawan selepas di buka ..tahniah ya, blogger hebat

avatar
September 23, 2016 at 2:19 AM delete

@Bahrain

So, boleh la buat sekarang :D
dah kerja ada duit ^^

avatar
Unknown
AUTHOR
September 23, 2016 at 9:00 AM delete

Makin rajinlah lysa nak menyengih lepas ni kan. Hehe

avatar
Atiah
AUTHOR
September 23, 2016 at 1:41 PM delete

saya dah pakai lama dah, 2tahun dah.welcome to geng braces

avatar
shāf
AUTHOR
September 24, 2016 at 12:31 AM delete

untunglaa kak lyssa jarak appointment tak lama sgt , adik sy sampai bertahun2 kot. Sampai doktor cakap dia ni pesakit special tak perlu tunggu pon sebenarnya. Hee alhamdulillah skrg dah start pakai braces. =D

avatar
September 24, 2016 at 12:34 AM delete

@Shafuhan Smab

Amboihhh, bertahun-tahun ... kenapa lama sangat jarak appoinment tuu ?? o.O

avatar
claudy
AUTHOR
September 30, 2016 at 10:08 PM delete

teringn pula nak pasang braces. gigi claudy pun ada jarang and tak tersusun rata haha. mungkin lyssa tak rasa sakit sangat sebab gigi lyssa takde problem kot. mungkin. hee

avatar
Unknown
AUTHOR
December 12, 2016 at 12:15 PM delete

hi.... so bila nak buka tu kena bayar juga ke..

avatar
December 12, 2016 at 12:33 PM delete

@TT JING

setiap kali pergi jumpa doktor kena bayar. :D
sampai lah semua balance duit habis :D

avatar
Unknown
AUTHOR
January 2, 2017 at 12:18 AM delete

heee saya dental assistant . kak lyssa kena jaga oral hygiene betul-betul ye bila pakai braces tu . selalu guna interdental brush okayy untuk gosok bahagian yang susah nak reached dengan berus gigi . and pasal retainer tu lepas tanggalkan braces kak lyssa kena pakai retainer tu 24 jam dalam masa setahun . hanya tanggalkan retainer waktu makan sahaja . lepas setahun and doc review okay gigi kak lyssa baru pakai time tido je . and seumur hidup kena pakai retainer :)

avatar
Anonymous
AUTHOR
January 16, 2017 at 11:13 PM delete

Buat xray tu blh ke buat dkt hospital kerajaan??

avatar
February 17, 2017 at 12:03 PM delete

@Anonymous

Ye, boleh saja. tapi pastikan hospital tu ada x-ray utk gigi lah :D

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2017 at 9:30 PM delete

nk buat braces jgak. Tgh survey. Dok balik pulau jgak. Haha.

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2017 at 5:44 AM delete

hi assalam kak.. sy kn nk bebel jgax sikit penat baca bebel akk tu.. hmm sy ni nk pakai braces n sy takut la sbb ramai ckap sakit.. aduhai.. sy nk pakai atas je sbb gigi atas jongang.. bkn jongang sbb cacat dri lahir tpi sbb silap diri sndiri masa tidur amal kn isap2 tu yg tekeluar.. hmmm terperanjat tgk 22 hari dah elok gigi tu. tpi klu mcm sy jongang ambek masa brpe lame nk baik pulih?? n skrg akk masih pakai lagi ke braces? tahun 2017 dah ni.. hehe tu je..

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2017 at 5:45 AM delete

hmmm nk pakai tpi tak berani.. akak pakai dah bpe lme? klu yg jongang bpe lme nk baik pulih? masa check tu kena bayar gak ke?

avatar
June 12, 2017 at 3:43 PM delete

nak pakai juga braces..tapi takut

avatar
umminani
AUTHOR
September 23, 2017 at 9:39 PM delete

Senyuman lisa berbeza. dan yang pasti lebih ikhlas dan lebih ceria. tahniah dik, dan pastinya lisa lebih berkeyakinan.

avatar
Unknown
AUTHOR
January 15, 2018 at 3:56 PM delete

Nk try jgk pkai braces. Tp mcm takot heheheeh

avatar
mizSeries
AUTHOR
February 23, 2018 at 9:07 PM delete

Hai kak Lysaa, cbut gigi tak bt braces tu ??

avatar
Unknown
AUTHOR
February 25, 2018 at 12:39 AM delete

Boleh sy tahu, brapa lma cik pkai braces utk gigi atas jrang?

avatar
February 25, 2018 at 11:30 AM delete

@misz popo

dalam 7 - 8 bulan jer.. tapi ikut pada berapa kekerapan kita prgi jumpa doktor la.. macam lyssa, lyssa akan jumpaa doktor sebulan sekali, sebab tu cepat je dah boleh buka braces ni..

avatar
Unknown
AUTHOR
March 19, 2018 at 8:58 PM delete

Assalammualaikum kak.. Mse akk nk pakai braces kne cabut gigi dlu tak sebelum pakai??

avatar
Unknown
AUTHOR
March 19, 2018 at 8:59 PM delete

Kak before pakai braces kne cabut gigi dlu tak?

avatar
jalinankasih
AUTHOR
April 22, 2018 at 9:30 PM delete

@hannaz hazimxperlu cabut utk gigi jrg... gigi bersepah dan penuh maybe kena cabut sbb nk bg ruang utk gigi tu tersusun

avatar
May 26, 2018 at 7:59 AM delete

Kena cabut gigi tak mase pergi check tu?

avatar
Unknown
AUTHOR
July 29, 2018 at 3:51 PM delete

Braces kaler apa lysa pakai tu? Warna pink yg mcm mana eh? Warna apa lg yg cantik dan nmpak natural ya, saya baru pasang braces hari ni warna turqoise cuma rasa menonjol sgt wrna ni hmm

avatar
Anonymous
AUTHOR
January 17, 2019 at 9:50 PM delete

so,akak balik penang la setiap bulan untuk tukar getah ?

avatar
nsha
AUTHOR
September 11, 2019 at 9:27 AM delete

deposit tu macam mana eh? kiranya klu semua harga braces total rm4000 then kita bayar rm1000 as deposit, jadi balance bayaran tu jadi rm3000 ke macam mana??

avatar
Anonymous
AUTHOR
August 26, 2021 at 4:35 PM delete

Blh saya tahu, klinik yg kak pergi tu sederet dgn Bakeri Sri Balqis Blk Pulau ke?

avatar
August 30, 2021 at 6:58 PM delete

@Anonymous

Ye, sederet dgn kedai Bakeri sri balqis tu...
Klini Pergigian Balik Pulau.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon