Assalamualaikum ..
Hi korang.. Tengah bosan sekarang ni tak tahu nak buat apa..
So ,menaiplah kita ek. Lyssa taip entri ni masa atas bas on the way nak balik
ke Penang dari KL ! yahuuu . Finally, semester 1 untuk degree Lyssa ni pun dah
tamat. Final exam pun dah habis masa 23 May lepas. Segala event blogger pun
Lyssa dah sette dah semalam. Jadi, sekarang ni Lyssa tengah cuti semester untuk
2 – 3 bulan ni… Eh, tak sampai 3 bulan kot. Mungkin sampai hujung bulan Ogos
ni.
Tak kisah lah sampai bila pun, asalkan Lyssa dapat luangkan
masa bersama family dan kucing-kucing Lyssa kat rumah tu. HAHA ! Eii , tak
sabarnya nak sampai rumah.. Sampai je rumah nak nak je Lyssa peluk cium Jacob,
Jenny and Jacky ! Miss them so much !
Dan Alhamdulillah, tahun ni Lyssa dapat menyambut Ramadhan
dengan keluarga Lyssa. Memandangkan balik ke KL nanti akhir bulan 8, dapatlah
juga lama beraya kat kampung nanti. Hee, tak sabar juga nak puasa ni. Lagi 3
hari je kan ? Eksaited sangat sebab dapat lagi kita menyambut Ramadhan kan.
InsyaAllah.
Kalau korang nak tahu, kat kepala otak Lyssa ni dah fikir
macam-macam dah nak buat apa masa cuti 2 bulan ni. Tau tak apa ? Semangat macam
berkobar-kobar nak update blog 10 entri dalam masa 1 hari … wahaha . Bolehkah
aku ??
Dan Lyssa ada surprise untuk pembaca blog dan followers FB
Lyssa nanti. Kalau nak tahu apa suprisenya, jangan sesekali tertinggal setiap
update di blog mahupun di FB Lyssa tauu. Surprise tu akan terbongkar once Lyssa
dah ready nanti. Korang tunggu je lah… hahahaha …
Emm. 2 3 bulan ye ... Agak-agak, lama sangat ke cuti kali ni
ek. Lyssa rasa macam lama pulak. Takut nanti semua ilmu sem lepas habis semua
kat kepala ni . HAHA ! tak pe, kalau ada masa Lyssa rajinkan diri lah study
sikit-sikit subjek untuk sem depan ni. Nahhh ! *last-last hangit tahi ayam je. Haha
.Bukan boleh Lyssa ni, awal-awal je semangat kemahen, last-last … ermm .. Siapa
yang kenal Lyssa, je tahu Lyssa macam mana. Buat apa-apa kerja tak de nye
sungguh2. Sangat hangat tahi ayam. -.-‘ Tapi, kalau bab pelajaran, I’m strict
ok ! >.< (ajar orang lain pun kemain garangnya)
Hah.. Dah dah , macam biasa, Lyssa dok dalam bas ni, sambil
menaip , sambil dengar lagu. Biasa la, bas yang Lyssa selalu naik ni kalau ke
Penang – KL , KL – Penang. Bas apa lagi kalau bukan bas aeroline.Aircond sejuk
, boleh layan lagu sendiri, movie , berselubung dalam selimut, peluk bantal,
dan sesambil makan makanan yang diorang sediakan. Best kan ? Korang patut try
tau naik bas ni. Lyssa pernah update kat blog sebelum ni mengenai bas aeroline
ni. Kalau rajin, pergi lah search!
Sekarang dah pun pukul 1.30 t/hari. Tadi pun bas ni bertolak
pukul 9.30 pagi. Rasa macam lambat pulak nak sampai. Tapi, selalunya dari KL ke
Penang, perjalanan menjalanan mengambil masa dalam 5 jam . Kadang kalau bas ni
bawak laju, 4 jam pun dan sampai. Mana tak laju .. Nama pun AEROLINE , opkoz la
laju selaju aeroplane. Dia duk line kanan je tau. Mana main line belah kiri.
Habis semua bas dia potong ooo. You all should try !
Entri kali ni tak de lah apa pun. Saja nak mengisi masa
dalam bas ni, sementara nak sampai rumah nanti. Dan post kali ni pun Lyssa nak
bagitau yang sekarang ni Lyssa tengah cuti semester. So, memang takkan berada
di KL buat masa ni, kecuali lah ada event blogger yang best, baru Lyssa akan
balik KL untuk ke event tersebut. InsyaAllah kalau berkesempatan…
Banyak pulak la Lyssa membebel kan. Mau ada yang terjuling
mata korang baca entri Lyssa kali ni kan. Sorry lah. Tak berniat pun nak buat
korang gitu. Haha .
Ok last ! Lyssa nak tanya, korang tengah buat apa sekarang
ni ?
Comment di bawah pls :D
*p/s : Maaf, entri kali ni tak de gambar. Sekadar tulisan
yang lahir dari hati Lyssa je. :p
Terima Kasih Sudi Baca..
Mesti banyak gila
typo kan ? kbyee ~
6 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinimoga selamat sampai Lyssa...nikmat bila dapat full puasa dan beraya dengan family..haha..kak PC petang in sya Allah baru gerak balik kampung..pelukkan 3J's untuk kak PC hokey..
hahaha takpa kak lyssa! Update je banyak2! Confirm kitorang baca punya ^_^ hehe baru lepas baca entry kak Lyssa. sambil dgr lagu :D
salam kenal dari brunei :) saya tgh blogwalking blog kawan2...
Wahh lamanya cuti. boleh la updte blog hari2 :p
EH SAMA LAH KITA KAK LYSSA HIHIHI.
Qila pun baru habis first sem and cuti but sadly my holiday is up to 2 weeks puasa dkt rumah. pastu short sem huhuhu.
Happy holiday kak lyssa!
Ada banyak aktiviti yang boleh diisi semasa cuti sekolah.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon